Romelu Lukaku musim ini menikmati musim yang baik dalam debut di Serie A bersama Inter Milan.
Satu kelakuan dan sikap Lukaku yang aku suka adalah cara beliau dengan pemain muda.
Semalam beliau memberikan tugasan penalti kepada pemain berusia 17 tahun bernama Sebastiano Esposito.
Inter dalam kedudukan 2-0 dan belum kill the game. Lukaku skor 1 gol dah secara peribadi pada ketika itu.
Namun beliau tidak memikirkan soal goal tally, sebaliknya memberikan bola kepada Esposito.
Romelu Lukaku gifted 17-year-old Sebastiano Esposito a penalty, which he converted for his first Serie A goal ❤️ pic.twitter.com/9v7GZegi0F
— ESPN FC (@ESPNFC) December 21, 2019
Lukaku tahu budak ini ada kualiti penyudah penalti yang bagus. Tapi risiko dia ambillah kalau tak masuk dan team kena kejar memang Lukaku yang kena.
Ia momen paling berharga kepada Sebatiano Esposito yang meraikan gol dengan ibunya.
Score on your full debut for Inter ✅
Celebrate with your mum ✅We love this from 17-year-old Sebastiano Esposito 💙
More 👉 https://t.co/jtSclSdA5T #bbcfootball pic.twitter.com/63CuCaO0lF
— BBC Sport (@BBCSport) December 21, 2019
Momen itu mungkin tak akan wujud semalam jika Lukaku tidak memberikannya penalti itu.
Sikap Lukaku itu telah mengundang rasa terharu di kalangan peminat bola sepak. Lukaku jelas menunjukkan sisi kepimpinannya.
Lukaku is a great player and leader. Despite he's the first choice for penalties in @Inter, he gave chance for young home-grown prospect Sebastiano Esposito to take a penalty kick vs Genoa and score his first⚽️for Inter. Young striker did it.
An example of team spirit. Respect. pic.twitter.com/Wp8yF687io
— Dino Grgić (@Dino_Grgic) December 21, 2019
Dia tahu apa yang dia sedang lakukan. Jika Esposito gagal menjaringkan gol, beliau akan bertanggungjawab, termasuk mencari gol tambahan secara individu.
Tetapi Lukaku yakin akan tindakannya itu memberikan pulangan.
Lukaku menjaringkan gol keempat pasukan Inter Milan selepas itu.
Ini bukan pertama kali Lukaku melakukan perkara yang baik kepada para pemain muda. Beliau merupakan antara pemain yang sangat humble di dalam pasukan.
Masih ingat ketika Presnel Kimpembe tertampan bola pada saat akhir yang membuatkan PSG memberikan penalti kepada Man United?
Dan United mara ketika itu kerana gol penalti tersebbut.
Apa yang berlaku, ketika pemain lain meraikan kejayaan pada wisel penamat, Lukaku terus menuju kepada Kimpembe untuk menenangkan dan memberikan semangat kepada pemain itu.
Pemain tersebut masih muda dan Lukaku tahu kesannya apabila ada insiden seperti itu menimpa pemain muda.
Kadangkala ianya memberikan impak kepada mereka. Lukaku memberikan kata-kata semangat kepada pemain tersebut.
As his team celebrates Lukaku consoles Kimpembe. Moments like this don't happen in school. Parents removing kids from sport to focus on school are making a huge error. Compassion, resilience, communication, sport has it all. It's the most complete environment for developing kids! pic.twitter.com/G42becYSeq
— Blaine McKenna (@BlaineMcKenna77) March 7, 2019
Ini yang berlaku apabila pembangunan pemain itu bukan sahaja dibangunkan sebagai pemain, tetapi dibangunkan dengan nilai insani.
Jadi, jika anda merasakan Lukaku semalam hanyalah bermain wayang, anda silap.
Lukaku of Manchester United showing a bit of humanity towards PSG player Kimpembe who gave away that last minute penalty which put his team out pic.twitter.com/ZdUB4Q5hKV
— Lisbon Lion (@tirnaog09) March 7, 2019
Lukaku menunjukkan definisi sebenar, dalam bola sepak, anda hanya perlu menewaskan lawan anda dan bukannya membunuh mereka.
Anda mungkin bukan peminat Lukaku. Namun anda tiada alasan untuk membenci beliau.
Lagipun apa yang berlaku kepada pembangunan Lukaku bukti pemain itu dibangunkan dengan sistem yang betul, secara holistik.
Di arena bola sepak, Lukaku merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya, Belgium.
🇧🇪 Romelu Lukaku is now Belgium's all-time top scorer in major tournaments with seven goals. 🔥🔥🔥
And he's still only 25 … pic.twitter.com/OBfp8o1Qvb
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 23, 2018
Musim ini Lukaku setakat ini cemerlang membantu Inter Milan untuk terus bersaing dengan Juventus bagi merebut Serie A. Namun beliau jelas sekali menunjukkan ia bukan keutamaannya ketika ini. Paling utama adalah membantu pasukan dan juga rakan rakannya untuk menang.
Beliau juga dalam persaingan untuk anugerah kasut emas Serie A. Nama Lukaku antara nama paling popular di Serie A sekarang ini kerana impak yang dihadirkannya.
Semoga Lukaku terus meningkat naik di dalam karier.