Federico Valverde telah melakukan salah satu tactical Foul yang akan diingati sampai bila bila.
Beliau menjatuhkan Alvaro Morata pada babak akhir perlawanan final Piala Super Sepanyol.
Fede Valverde and Courtois won us this Cup, the tackling was the most needed tackle in the history of Footbal.#HalaMadrid pic.twitter.com/oIc2sYRbJF
— Kiddee La baller 🏀⛹🏾 (@iam_kiddee) January 12, 2020
Namun begitu, pemain tengah Real Madrid, Federico Valverde, telah mendapat pujian dari jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone kerana cynical foul yang disengajakan yang menafikan Atletico peluang menjaringkan gol lewat perlawanan.
Valverde tahu ia berpotensi membuatkan Real Madrid tewas dalam final Supercopa de Espana. Jadi beliau terpaksa melakukannya
Kira kira lima minit sebelum tamat perlawanan (masa lanjutan), penyerang Atletico maju Alvaro Morata, memecut ke arah gawang dengan peluang gol yang teevaik.
Namun usaha Morata untuk merapati Courtois tidak berhasil apabila Valverde melakukan terjahan sebagai last man defender dengan menafikan peluang gol.
Itu adalah kesalahan kad merah dan pemain itu dibuang padang.
Pemain pemain Atletico serta penyokong mereka bengang dengan tindakan Fede Valverde itu.
Namun berbeza pula dengan pengendali mereka yang megusap kepala Valverde.
Menurut Simeone, dia memberikan penghargaan kepada pemain itu yang melakukan tindakan tepat menyelamatkan pasukannya dari kalah. Itu bukan bentesan yang mencederakan. Tetapi tactical Foul yang menyebabkan dia dibuang padang.
Simeone juga setuju dengan pemilihan pemain tersebut, Fede Valverde sebagai pemain terbaik perlawanan.
Simeone berkata: “Ia adalah momen paling penting dalam perlawanan itu kerana jika gerakan itu diteruskan, mungkin ia dapat membawa gol,” kata Simeone lagi, yang mengusap Valverde ketika pemain itu melangkah ke luar padang selepas kad merah.
“Saya memberitahu beliau untuk tidak bimbang, sesiapa sahaja akan melakukan apa yang dilakukannya apabila berada di tempatnya tadi, dia melakukan apa yang perlu dia lakukan,” tambah jurulatih Argentina, yang tidak asing dengan seni gelap dalam bola sepak sebagai pemain.
Presiden Real, Florentino Perez dan pengurus Real, Zinedine Zidane berterima kasih kepada pemain berusia 21 tahun itu kerana menyelamatkan dan mengekalkan saingan pasukannya dalam perlawanan itu.
Valverde berkata, beliau telah bercakap dengan Morata selepas perlawanan itu dan menyesali tindakannya. “Saya sudah minta maaf kepada Morata, apa yang saya lakukan tidak baik. Tetapi saya akan cuba melakukan segalanya demi pasukan.”
“Dan saya gembira untuk memenangi trofi. Cuma pada masa yang sama, saya rasa ada penyesalan kecil daripada insiden itu.” kata pemain dari Uruguay itu.
“Rakan sepasukan saya dan jurulatih saya menyokong saya. Begitu juga Simeone yang juga datang kepada saya, itu bukan sesuatu yang dilakukan oleh semua orang.”
Spot when Diego Simeone gave Federico Valverde a pat on the head, you know he rates that his tackle on Morata as sublime. Only legends in football knows Valverde was genius with that tackle. #HalaMadrid #RealMadridAtletipic.twitter.com/bsD9DozfuH
— . (@SmartAtuadi) January 12, 2020
Perlawanan terikat seri selepas 120 minit. Real Madrid menang dalam penentuan penalti. Sekaligus menjadi juara Supercopa De Espana edisi kali ini.
Zinedine Zidane kini memegang rekod menang kesemua final cup competition yang beliau sertai.