Video: Skil Elastico Rashford vs Norwich Yang Merecik

Penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford merupakan pemain yang memiliki kepantasan dan juga skil yang sangat baik.

Pada usia yang sangat muda Marcus Rashford sudah menjadi penyerang utama di kelab dan juga negaranya.

Musim ini Rashford menjadi pemain terpenting Man United walaupun prestasi tidak menentu pasukannya.

Beliau konsisten mencetak gol untuk The Red Devils.

Gandingan Rashford Martial dan Greenwood selayaknya diberikan perhatian. Ini kerana mereka musim ini ternyata sangat prolifik.

Elastico

Di dalam perlawanan menentang Norwich City baru-baru ini Marcus Rashford telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Manchester United menang 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Manchester United beraksi sangat baik dalam usaha mereka terus menghidupkan harapan mereka mengejar tempat ke Eropah musim hadapan.

Namun satu detik yang menarik perhatian juga apabila beliau berjaya melepasi dua pemain lawan dengan menggunakan teknik yang digelar elastico.

Teknik ini merupakan teknik yang diasaskan di Brazil. Selain daripada nama elastico ianya juga digelar sebagai flip flap.

Pada awal skil ini dipersembahkan, ramai yang memberikan kredit kepada legenda Brazil iaitu Rivellino.

Tetapi selepas itu pemain itu menyatakan bahawa beliau tidak boleh menerima kredit tersebut kerana beliau mempelajarinya daripada seorang lagi rakannya iaitu Sergio Echigo.

Sergio Echigo ini lupakan pemain Brazil yang ada darah kacukan Jepun.

Korang boleh baca ulasan lebih lengkap tentang Elastico itu di dalam pautan artikel ini:

https://www.semuanyabola.com/elastico-trik-licik-brazil-jepun/

Pada era moden ramai pemain yang gemar melakukan skil ini termasuk Ronaldo Fenomeno, Rinaldinho, Neymar dan Cristiano Ronaldo.

Skil yang sangat fancy dan licik.

Ia adalah satu teknik yang berorientasikan pertukaran arah bola dengan memperdayakan lawan dengan body feint.

Bola ditolak ke luar dan kemudian ditukar arah masuk ke dalam dalam satu gerakan kaki.

Kelebihan teknik ini ianya sangat sukar dibendung kerana terlalu cepat dan pantas. Ia dilakukan pada ruang sempit.

Rashford memang suka menggunakan teknik ini. Beliau sudah beberapa kali melakukannya sebelum ini.

Jadi korang pandai tak buat Elastico ni? Pernah cuba buat dan berapa peratusan kejayaannya? Susah wei.

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun