Video Son Bergocoh Dengan Lloris, Mourinho Pula Suka Kerana Ia Cantik Sekali

Pengurus Tottenham Jose Mourinho mengatakan pergaduhan pada separuh masa antara penjaga gol Hugo Lloris dan penyerang Son Heung-min adalah “cantik” dan “sesuatu yang diperlukan agar pasukan dapat membangun”.

Kapten, Hugo Lloris berlari ke atas dan menyerang Son dari belakang sebelum pemain turun ke terowong.

Lloris bengang kerana Son Heung Min malas untuk mengejar / track back Richarlison yang mencetuskan ancaman kepada gawang mereka.

Kedua dua pemain terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.

Namun kedua dua pemain dikekalkan di dalam pasukan pada separuh masa kedua dalam aksi kemenangan 1-0 Spurs ke atas Everton.

Selepas tamat perlawanan. Lloris mengatakan bahawa beliau tidak ada masalah denga Son.

“Itu hanya urusa di bilik persalinan – di luar anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahukan. Apa yang berlaku antara saya dan Sonny kadang-kadang sebahagian daripada bola sepak,” tambah Lloris.

“Pada akhir permainan, anda dapat melihat kami lebih gembira.”

Hasil kemenangan itu telah memberi bos mereka, Jose Mourinho kemenangan ke-200 dalam Liga Perdana Inggeris.

Mourinho menjadi orang Portugis pertama dan satu satunya dari kalangan 5 pengurus lain yang melakukan pencapaian luar biasa itu.

Spurs bangkit daripada kekalahan 3-1 di tangan Sheffield dengan Mourinho mempertikaikan mentaliti para pemainnya.

Komen beliau tentang insiden Son Heung Min dan Lloris pula, ternyata Mourinho menganggap ianya cantik dan indah.

“[Argumen] mungkin sebagai akibat daripada pertemuan kami. Sekiranya anda ingin menyalahkan seseorang kerana pergaduhan itu, orang itu adalah saya,” kata pengurus berusia 57 tahun itu.

“Saya bersikap kritis terhadap budak budak saya. Mereka tidak cukup kritikal dengan diri mereka sendiri. Saya meminta mereka untuk menuntut lebih antara satu sama lain.”

“Son adalah budak yang luar biasa. Semua orang menyukai Son, tetapi kapten mengatakan kepadanya bahawa anda harus melakukan lebih banyak dan memberikan lebih banyak usaha kepada pasukan.”

“Ini adalah sesuatu yang diperlukan untuk pasukan untuk berkembang. Untuk membangun, anda memerlukan keperibadian yang besar.”

“Apabila anda mempunyai reaksi itu, saya tidak ragu-ragu kepada anda.”

Namun ternyata kedua dua pemain sangat profesional dan saling berpelukan sebelum masuk ke padang.

Orang kata, dalam bola sepak, tak semua benda yang salah itu kita cakap OK! Kerana lebih baik kita cakap terus ianya tak ok. Yang penting ia disetelkan di atas padang sebagai pasukan.

Sebelum ini pun Mane pernah maki kesalahan Salah yang yang dilihat bersalah kerana membuat keputusan yang salah.

Spurs kini bergelut untuk mengejar slot ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Di mana ketika ini Spurs berada di tangga ke-8, dibezakan sembilan mata dari Chelsea yang berada di tangga keempat.

Everton pula berada di luar kelompok 10 teratas. Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu masih bergelut untuk mendapatkan semula rentak mereka.

The Toffees sudah merasai 13 kekalahan pada musim ini.

Baca yang lain