[VIDEO] Son Mengganas Selepas Dimasukkan, Ledak Hatrik 13 Minit

Son Heung Min memberikan respon yang sempurna selepas dia disisihkan ke bangku simpanan.

Antonio Conte selepas tamat perlawanan menyatakan, dia menyisihkan Son daripada kesebelasan utama bukannya kerana dia sudah hilang kepercayaan ke atas pemain itu.

Tetapi lebih kepada mahu mencari angin untuk memperbaiki prestasi Son yang sangat merisaukan dalam beberapa perlawanan awal musim ini.

Conte menegaskan bahawa dia tak pernah hilang kepercayaan ke atas Son dan sentiasa percaya dengan kualiti pemain antarabangsa Korea Selatan itu.

Namun secara mentaliti, sesuatu harus dilakukan.

Dalam aksi antara Spurs dan Leicester, Son masuk pada separuh masa kedua dan dia terus meledak hatrik.

2 daripada golnya adalah menerusi gol dari luar kotak penalt. Dan gol ketiga peribadinya adalah daripada situasi serangan balas yang disudahkan Son dengan baik sekali.

Son menunggu terlebih dahulu, risau kalau VAR menarik gol itu kerana ofsaid. Ternyata ianya gol sah.

Spurs terlebih dahulu ketinggalan di belakang menerusi Your Tielemans menerusi penalti yang retaken.

Namun terus dibalas oleh Harry Kane yang menanduk masuk bola.

Eric Dier meletakkan Spurs kembali di hadapan menerusi tandukan kilas sempurkan.

Ianya disamakan oleh James Maddison menerusi penyudah yang sangat klinikal.

Bentancur kemudian kembali meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Sebelum Son mengambil alih pentas persembahan dengan hatriknya yang memukau untuk memastikan Spurs menang 6-2 dan berada di tanggan kedua dalam carta liga.

Kemenangan ini meletakkan Brendan Rodgers benar benar dalam tekanan. Lebih lebih lagi bekas pengurus Liverpool itu dengan terbuka mengkritik pengurusan tertinggi kelab sebagai tidak cukup menyokongnya dalam jendela perpindahan lalu.

Leicester melepaskan dan menjual beberapa pemain penting termasuk Kasper Schmeichel dan Wesley Fofana. Namun tidak ada pengganti yang ideal dibawa masuk.

Son Heung min kelihatan mungkin sedang meletakkan Rodgers dalam bahaya untuk dipecat pada bila bila masa selepas prestasi sangat buruk pasukan The Foxes.

Son menjadi pemain Spurs pertama menjaringkan hatrik dalam EPL sebagai pemain gantian yang masuk daripada bangku simpanan.

Saksikan gol gol superb cantik daripada anak jati Korea Selatan itu di sini:

Dan ini pula highlight untuk aksi Spurs vs Leicester:

Menurut FPL, terdapat hanya 304 pengurus yang menjadikan Son Heung Min sebagai tripple captain. Nampaknya kepercayaan mereka benar benar terbalas.

Baca yang lain