[VIDEO] Steffen Cuba Tiru Ederson Bertukar Menjadi Malapetaka

Penjaga gol antarabangsa Amerika Syarikat, Zac Steffen biasanya menjadi penjaga gol yang sangat boleh harap. Namun tidak kali ini.

Liverpool dan City bertemu dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Selepas kedua duanya bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu. Diseling dengan aksi UCL. Di mana kedua dua pasukan mara ke pusingan separuh akhir.

Dalam aksi di Wembley, pada separuh masa pertama Steffen ada separuh masa yang mahu dia lupakan.

Ini apabila dia melepaskan 3 gol. 3 daripada gol Liverpool, 2 adalah daripada kelemahan goalkeeping beliau.

Kesilapan pertama Steffen muncul pada gol kedua Liverpool. Di mana dia cuba meniru aksi Ederson minggu lalu.

Ederson sangat tenang ketika bola hilang kawalan sedikit dan sempat mengeluarkannya dari atas garisan.

Steffen cuba benda yang sama dengan jersi 13 untuk cuba menjadi jersi 31. Malangnya, dia ditimpa malapetaka.

Ianya kerana second touch dia agak teruk dan bola dimenangi Mane dengan mudah untuk terus masuk.

Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi tandukan Konate. Dan kemudian gol ini terhasil:

Pada masa kecederaan separuh masa pertama Liverpool menambah satu lagi gol, juga menerusi Sadio Mane yang membidik tepat ke near post.

Ianya mimpi ngeri penjaga gol apabila ditewaskan di near post.

Pengurus Man City, Pep Guardiola benar benar bengang dengan kesilapan itu.

Zackary Thomas Steffen yang lebih dikenali sebagai Zack Steffen merupakan pemain bola sepak profesional Amerika Syarikat.

Dia bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat dan menjadi penjaga gol sandaran kelab Liga Perdana Manchester City.

Steffen mewakili AS di semua peringkat remaja dan kini menjadi pemain senior pasukan negaranya.

Penjaga gol Amerika ini membuat penampilan sulung profesionalnya untuk kelab bola sepak persatuan Jerman SC Freiburg pada 1 Ogos 2015 menentang 1. FC Saarbrucken.

Selain itu, beliau membuat penampilan sulung kerjaya antarabangsanya untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat pada Januari 2018 dalam perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina.