[VIDEO] Sudahlah Kalah, CR7 Diejek Penyokong Al Ittihad Dengan Nama Messi Pula

Peminat Al Ittihad melaungkan nama Lionel Messi ketika pasukannya menentang Al Nassr Cristiano Ronaldo dalam Piala Super Saudi.

Cristiano Ronaldo kelihatan kecewa apabila Al Nassr ditendang keluar oleh Al Ittihad pada separuh akhir Piala Super Saudi.

Beraksi di Stadium King Fahd, CR7 tidak memberikan sumbangan dari segi gol dan assist sekali lagi  apabila Al Nassr dikalahkan Al Ittihad dengan jaringan 1-3.

Ronaldo menjadi kapten pasukannya dan beraksi selama 90 minit.

Ternyata pemain yang diberikan pakej gaji €200 juta setahun oleh Al Nassr itu tidak mampu memberikan inspirasi kebangkitan untuk pasukannya.

Lebih pedih, Ronaldo yang dilayan seperti raja sejak datang ke Arab Saudi tidak mendapat sambutan hangat daripada penyokong Al Ittihad.

Mereka memilih untuk memprovokasi ketua pasukan kebangsaan Portugal dengan menjerit nama Lionel Messi sepanjang perlawanan, setiap kali dia menyentuh bola.

Matlamatnya jelas untuk mengganggu fokus pemain yang memiliki 5 Ballon d’Or itu.

Ini bukan kali pertama Ronaldo bermain sorakan ‘nyanyian’ Messi.

Perkara yang sama sering berlaku ketika pemenang 5 trofi Ballon d’Or masih beraksi di Eropah dan ketika memperkuatkan pasukan kebangsaan Portugal.

Kegagalan Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan ini membuatkan dia meneruskan dengan permulaan yang sukar dengan Al Nassr.

Dia masih belum menjaringkan gol dalam dua perlawanan kompetitif setakat ini. Dia juga masih gagal mencipta sebarang assist.

Ronaldo sempat beraksi cemerlang ketika menjadi MOTM dalam aksi persahabatan menentang PSG. Namun itu adalah aksi skuad gabungan.

Ketika itu Messi dan Ronaldo sekali lagi berkongsi padang. Dan kelihatan ada nilai sentimental antara mereka sebagai 2 seteru paling agung era mereka.

Kedua dua Messi dan Ronaldo pernah menyatakan bahawa perseteruan mereka telah membuatkan masing masing berada di tahap tertinggi.

Ronaldo malah pernah berkata bahawa dia mahu meluangkan masa makan malam dengan Messi suatu hari nanti.

Sebelum ini, Ronaldo juga gagal mencatatkan namanya sebagai penjaring ketika Al Nassr menang 1-0 ke atas Al Ettifaq dalam saingan Liga Arab Saudi.

Kekalahan menentang Al Ittihad telah menghampakan impian Cristiano Ronaldo untuk memenangi trofi pertama di Arab Saudi.

 

Baca yang lain