[VIDEO] Tackle ‘Kungfu Cantona’ Pemain Turki Ini Membuatkan Lawan Menerima 7 Jahitan

Korang masih ingat tendangan kung fu Nigel De Jong ke atas Xabi Alonso dalam aksi final Piala Dunia 2010? Di Turki, pemain pertahanan Denizlispor, Özer Özdemir telah melakukannya dengan kuasa ganda lagi teruk. Malah dianggap paling teruk untuk tackle kaki tinggi yang pernah disaksikan.

Pemain berusia 23 tahun itu selayaknya menerima kad merah langsung dan seharusnya tidak ada bantahan.

Özdemir tidak berada di dekat bola ketika dia melakukan bentesan ‘booting’ dan stamping dengan gaya Cantona ke atas Junior Maranhao yang kemudian menerima 7 jahitan kerana kekasaran itu.

Insiden ngeri itu berlaku dalam aksi Liga Turki, dalam perlawanan di antar Gaziantep FK menentang Denizlispor. Ianya berlaku pada minit ke-50.

Tidak pasti apa alasan Turek membuka jurus karate ala Goku itu ke arah lawannya. Tidak ada pula insiden yang panas antara mereka sebelum itu.

Boleh dikatakan ianya tackle tanpa niat mencederakan lawan namun ianya dilakukan dengan cara tak bertanggungjawab. Kerana dalam bola sepak, pemain yang menaikkan boot mereka tinggi memang tahu itu satu kesalahan, sebab ia berisiko.

Petugas medikal Gaziantep bergegas merawat pemain mereka yang terbaring. Dan sudah tentu pemain itu tidak sedarkan diri beberapa saat kerana gegaran otak.

Sousa tidak meneruskan perlawanan kerana concussion tersebut. Mujur laporan dikeluarkan menyatakan Sousa tidak mengalami kecederaan lebih serius.

Ramai menyatakan ianya tackle terburuk, dan mungkin hanya Jason Cousin yang lebih teruk. Saksikan di sini”

Bermain dengan 10 pemain, ternyata sukar buat Denizlispor yang selepas itu melepaskan 2 gol. Dan kalah 0-2.

Baca yang lain