Manchester City menang 2-0 dalam saingan separuh akhir Piala Carabao menentang Manchester United. Dua gol Man City adalah menerusi John Stones dan Fernandinho pada separuh masa kedua.
Namun salah satu aksi mencuri tumpuan adalah bentesan unik daripada Ruben Dias. Di mana pemain tersebut meluncur beberapa saat lebih awal dan kemudian memenangi bola daripada kaki Scott McTominay.
McTominay tidak sedar akan bentesan itu sudah dilakukan lebih awal. Jika tak beliau boleh memanipulasi keadaan dengan melepasi hadangan tersebut.
McTominay mendapat tekanan daripada pemain City dan kemudian kehilangan bola dengan Dias memenanginya menerusi tackle luncur yang dilancarkannya.
Antisipasi (jangkaan) merupakan aspek paling penting dalam bola sepak terutama sekali pada fasa bertahan. Di mana seseorang pemain itu perlu ada naluri yang bagus untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Ruben Dias dan John Stones sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang di barisan pertahanan Manchester City. Gandingan mereka telah menghasilkan 9 clearances dan 5 bentesan berjaya sepanjang malam aksi.
John Stones and Ruben Dias combined stats vs Manchester United:
1 Goal
9 Clearances
3 Blocked Shots
3 Interceptions
5 Tackles
9/10 Duels Won
166 Passes
8/15 Long BallsGreat clean sheet in the Manchester Derby! On to the final!
(@lacomps)pic.twitter.com/MRpUorD1N0
— Football Breakdown (@FootballBreakd2) January 6, 2021
Sejak Ruben Dias menyertai Manchester City, beliau telah membantu memperbaiki kualiti pertahanan pasukan tersebut. Dias berpeluang mendapat piala pertama beliau bersama City musim ini selepas membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Carabao.
Manchester United masih menanti final pertandingan piala yang pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Ini selepas mereka tewas kesemua 4 separuh akhir secara berturut turut.