[VIDEO] Tak Kekok, Mane Malah Gembira Dapat Bermain Atas Padang Becak Sekali Lagi

Sadio Mane kembali ke kampung zaman halamannya tempat dia membesar ketika kanak-kanak di Senegal.

Dan dia sempat mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak di kampungnya dalam keadaan yang berlumpur ketika dia dalam proses menyertai Bayern Munich.

Mane, yang kelihatan bersedia untuk meninggalkan pasukan Jurgen Klopp dan mengesahkan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini.

Dia kembali ke Bambali untuk bermain dalam bersama orang kampung. Selain Mane beberapa lagi nama bintang mereka turut terlibat iaitu Papiss Cisse, El Hadji Diouf, seta Mbaye Diagne dan juga Disire Segbe.

Dalam video yang disiarkan di Instagramnya, Mane boleh dilihat bermain di padang berlumpur bersama pemain dan rakan-rakan dari kampungnya.

Dia menulis kapsyen pada post itu: ‘Kembali kepada asal dengan perlawanan gala di padang Bambaly di mana semuanya bermula!!! Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara saya @papissdembacisse @mbayediagne909 @desire.segbe dan tanpa melupakan idola seumur hidup saya, @elhadji_diouf11_officiel’.”

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak. Mereka memuji Sadio Mane yang sentiasa ingat kepada orang kampungnya.

Mane sebelum ini telah membina sekolah dan hospital di Bambaly.

Wartawan bola sepak Fabrizio Romano melaporkan bahawa Bayern telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan pemain sayap Liverpool itu, yang akan menandatangani kontrak tiga tahun di Allianz Arena.

BACA JUGA: Thank You Sadio Trending, Penyokong Liverpool Sebak Ucap Selamat Tinggal Kepada Legenda

Sadio Mane hampir pasti menjadi pemain Bayern Munich. Ini selepas kedua dua kelab akhirnya mencapai kata sepakat tentang bayaran tetap serta bayaran bonus.

Mane sebelum ini sudah memberitahu kelab bahawa dia mahu pergi ke kelab lain. Dan tidak akan melanjutkan kontrak bersama Liverpool.

Kontrak Mane masih ada baki semusim lagi. Daripada pergi secara percuma adalah lebih baik sekiranya kelab memikirkan untuk menjual Mane.

Rundingan pada awalnya terhalang kerana tawaran harga oleh Bayern Munich yang terlalu rendah, serta bonus yang dianggap tak realistik.

Untuk memastikan rundingan ini tidak gagal, Bayern menghantar delegasinya ke Liverpool untuk berbincang. Akhirnya rundingan lebih positif berlaku.

Akhirnya kedua dua kelab berjaya mencapai kata putus. Liverpool sentiasa terbuka berunding dengan Bayern bagi menghormati permintaan Mane yang dikatakan hanya mahukan perpindahan ke Bayern Munich sahaja.

Thank You Sadio jadi trending

Penyokong Liverpool sedih meratapi pemergian legenda kelab bernama Sadio Mane.

Itulah bola sepak, pemain akan datang dan pergi. Bagi pemain seperti Mane, dia sudah menyelesaikan urusannya di Liverpool dengan cemerlang.

Tiba di Anfield dalam keadaan kelab tidak ada apa apa. Menjadi pemain asas sistem Jurgen Klopp. Dia menolak tawaran Manchester United untuk menyertai Liverpool.

Bukan sesuatu yang selalu berlaku pada masa itu.

Mane kemudian memahatkan namanya sebagai salah seorang penyerang sayap terbaik dalam sejarah kelab. Menjaringkan lebih 100 gol untuk Liverpool.

Memenangi segalanya ketika di Anfield.

Jadi, Mane merasakan bahawa dia mahu mencari cabaran baharu. Bayern Munich merupakan destinasi yang menjadi pilihannya. Kelab gergasi Jerman yang beprestij.

Peminat Liverpool ternyata masih belum bersedia menerima berita ini walaupun terpaksa menerimanya.

Gol turning Mane berdepan Bayern dianggap gol yang sangat ikonik.

LFC Fanbase 123 berkata: “Dia bermula pada era bina semula, dan sememangnya sangat hebat sepanjang kariernya di Liverpool. Dan juga sangat rendah diri serta bersikap sangat baik.”

“Mane sememangnya contoh dan teladan dalam kehidupan sebenar dan ketika di atas padang.”

Anfield watch berkongsi detik luar biasa seorang insan bernama Mane, ketika dia memberikan baju perlawanannya kepada budak milo.

Gandingan Mane dan Mo Salah pastinya akan dikenang buat selama lamanya oleh peminat Liverpool.

Tidak lupa juga gandingan Firmino Mane dan Salah yang sangat prolifik. Di mana Mane, Firmino dan Salah memulakan 137 perlawanan bersama sama. 104 daripada perlawanan itu akan ada nama sekurang kurangnya seorang daripada trio serangan tersebut sebagai penjaring.

Trio serangan ini juga mencatatkan 193 gol bersama dan 74 assist antara mereka ketika bermain bersama.

Dan secara keseluruhan, mereka mencatatkan 374 gol dan 185 assist.

Secara peribadi Sadio Mane bermain 269 perlawanan, menjaringkan 120 gol dan mencipta 48 assist. Dia juga sempat memenangi kasut emas EPL.

Di peringkat antarabangsa, Mane menjulang Piala Afrika ketika tempohnya bersama dengan Liverpool.

Ada juga berkongsi gambar detik Mane mula mula tiba di Anfield:

Dan rupa Champions Wall ketika Mane meninggalkan kelab:

Kalau korang ada masa tu, layanlah kesemua 120 gol Sadio Mane.

Trio baharu

Dengan pemergian Mane, Liverpool kini berpotensi membangunkan trio Luis Diaz, Darwin Nunez dan Mohamed Salah. Dengan Firmino dan Diogo Jota turut dalam persaingan untuk merebut tempat.

Diaz sudah membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Sadio Mane. Mungkin masih perlu bekerja keras lagi dari segi penyudah.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan