VIDEO TAKTIKAL: Penjelasan Tentang Pentingnya Shoulder Check Ketika Bertahan

Ada beza pemain pertahanan yang berkualiti dengan yang tidak berkualiti. Ada beza antara pertahanan yang bijak dengan yang sekadar bermain pakai keringat.

Scanning merupakan asas penting dalam bola sepak. Pemain yang bagus akan sentiasa melakukan scanning. Untuk pemain pertahanan, mereka akan sentiasa scanning dan melakukan shoulder check, tak kira dalam apa jua keadaan.

Kadangkala pertahanan akan kehilangan jejak pemain yang mereka mahu kawal atau tersandung ketika melakukan shoulder check. Oleh sebab itu latihan berterusan harus dibuat.

Dalam bola sepak, ada juga istilah pemain serangan melihat nombor pertahanan. Merujuk kepada pertahanan membelakangi mereka dan senang untuk dimanipulasi.

Tetapi pertahanan yang berkualiti akan sentiasa siap siaga dan ada naluri yang kuat dalam meramal aktiviti di sekitarnya.

Dan mereka akan sedia bertindak apabila bola cuba dimenangi oleh lawan. Itulah yang membezakan pemain bersedia dengan pemain yang tak tahu langsung potensi ancaman yang dia akan terima.

Pemain yang bersedia akan meletakkan kedudukan badan mereka dalam keadaan bersedia untuk mara, bergerak atau berlari mahupun memintas dan membentes.

Lihat video di bawah ini, bagaimana pertahanan yang berkualiti dengan pertahanan yang tidak cukup bagus dari segi awareness ataupun kewaspadaan mereka ke atas ancaman. Kadangkala pertahanan berkelas dunia pun sekali sekala melakukan kemalasan dalam melakukan scanning.

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.