Korang mesti pernah tengok wajah coach ni kan? Ya beliau merupakan coach yang membawa Monterrey ke kejohanan Piala Dunia Kelab 2019.
Kelabnya berhadapan dengan Liverpool pada separuh akhir dan menamatkan saingan di tangga ketiga dalam kejohanan untuk edisi 2019 itu.
🥉 Your #ClubWC Qatar 2019 third place-finishers are 🥁
🇲🇽 @Rayados!
— FIFA.com (@FIFAcom) December 21, 2019
Namun tahukah korang, kelab yang dia pegang sekarang ini adalah kelab yang disokong oleh arwah anaknya, Farid Mohamed?
Farid pernah memberitahu ayahnya bahawa dia nak melihat suatu hari kelab yang dia sayangi, Monterrey akan menjadi juara.
Antonio Mohamed juga pernah berjanji akan cuba membantu Monterrey menjuarai Liga MX pada suatu hari nanti. Kesempatan itu tiba juga akhirnya.
Pada 2006, Farid terlibat dalam nahas kemalangan jalanraya dan meninggal dunia pada usia 9 tahun. Ketika itu mereka berada di Jerman untuk menyaksikan Piala Dunia.
Ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang Frankfurt, mereka terlibat dalam kemalangan. Farid mengalami kecederaan parah dan tidak dapat diselamatkan.
Pada penutup musim 2019, Monterrey telah sah menjadi juara Liga MX selepas 3 kali memasuki final. Ia bukan satu perjalanan yang mudah untuk coach Antonio.
¡Al podio! Antonio Mohamed está entre los DT que se han coronado con más equipos mexicanos | La Raza https://t.co/FDwDCA1uUL pic.twitter.com/xr1zm6LeCa
— La Raza (@larazachicago) December 31, 2019
Coach Antonio Mohamed menangis dan sangat sebak. Ianya perasaan yang sangat bercampur baur di dalam dirinya.
Emosi itu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Tangisan itu bukan sahaja tangisn seorang jurulatih. Namun merupakan tangisan seorang ayah yang akhirnya berjaya menunaikan janjinya kepada anaknya.
Hija de Antonio Mohamed dedica título a su hermano y sentidas palabras a su padre https://t.co/U0DgAzpwem
— Eduardo Sánchez Gil (@edsagil) December 31, 2019
Hal ini kerana akhirnya dia berjaya menunaikan janjinya kepada anaknya, Farid.
Jadi, jelas sekali emosi itu lebih daripada sekadar terharu di atas kejayaan yang dihadiahkan kepada para penyokong yang terus menyokong mereka.
Se decía que si sacabas campeón al @ClubAmerica, la historia no t permitiría lograr otro título nacional con un diferente equipo en la #LigaBBVAMX Pero hoy, Antonio Mohamed rompió ese maleficio sacando campeón a @Rayados. #Rayadosvsamerica#Rayados pic.twitter.com/mtS7pCPKja
— Nick Negrini (@NegriniNick) December 30, 2019
Monterrey adalah kelab yang menjadi darah yang mengalir dalam diri Farid. Monterrey menang 4-2 dalam penentuan penalti berhadapan dengan America.
As comoventes lágrimas do "mister" Antonio Mohamed, ao ver cumprida a promessa que um dia fez ao seu filho (falecido em 2006): fazer do Monterrey campeão do México 🇲🇽🏆https://t.co/QqPEbfVsBS
— GoalPoint.pt ⚽ (@_Goalpoint) December 30, 2019
Coach Antonio Mohamed berkata: “Saya tujukan kejayaan ini kepada ibu, ayah saya dan anak saya. Mereka pastinya sedang meraikan kejayaan ini di atas sana.”
Inilah yang membawa makna, bola sepak lebih daripada sekadar bola sepak. Ianya adalah satu sukan yang memiliki pelbagai cerita suka dan duka di dalamnya.
🇦🇷 Argentinian manager Antonio Mohamed promised his son Faryd, that he’d return to his son’s favourite team Monterrey one day & win a title but Faryd was killed in a tragic car accident in 2006.
Yesterday he accomplished that promise & burst into tears after the final whistle 😢 pic.twitter.com/TyRrvmHvNh
— FutbolBible (@FutbolBible) December 30, 2019
Tahniah kepada coach Antonio Mohamed! Ia satu detik yang kami pun terharu dan tumpang gembira dengan kamu.
😭 #Video | Con un rosario entre las manos y lagrimas derramando de sus ojos Antonio Mohamed cumple la promesa que le hizo a su hijo fallecido en 2006 https://t.co/aTWoYebH9V
— @diario24horas (@diario24horas) December 31, 2019
Untuk pengetahuan korang, Antonio Mohamed ini berketurunan Arab-Argentina.
Beliau bekas pemain kebangsaan Argentina dan pernah bermain dalam pasukan yang diwakili oleh Diego Maradona.
Antonio Mohamed mewakili Argentina dari 1988-1991.
Nama Antonio Mohamed bukan asing bagi peminat Monterrey. Beliau pernah bermain duan musim di kelab itu pada 1998 sehingga 2000.
Beliau kini menjadi sebahagian penting dalam pembangunan bola sepak di Mexico kerana keupayaannya membangunkan bakat muda di Monterrey terutamanya.
Namun sudah jauh beliau membawa kelab yang memiliki nilai sentimental dan emosi yang tinggi kepada dia dan keluarganya itu. Sehingga ke pentas Piala Dunia Kelab.