[VIDEO] Tangisan Emosi Suarez Dan Ramalan Messi Benar Belaka

Luis Suarez sudah memenangi 4 kejuaraan La Liga bersama Barcelona sebelum ini. Namun nilai sentimentalnya mungkin tidak akan sama dengan 1 kejuaraan liga bersama dengan Atletico.

Luis Suarez menitiskan air mata kegembiraan ketika ber-face time dengan keluarganya di Uruguay.

Suarez menjaringkan 21 gol musim ini untuk Atletico dan menjadi sebab penting kenapa Atletico juara.

Beliau menyempurnakan musim ini dengan menjadi penjaring kejuaraan untuk Atletico dalam aksi berhadapan dengan kelab Real Valladolid.

Suarez hilang kata kata, terduduk di tengah padang sambil mengesat air matanya yang mengalir.

Siapa sangka hari ini Suarez menangis meraikan kejuaraan piala La Liga. Sedangkan pada tahun lalu beliau menangis ketika meninggalkan kompleks sukan Barcelona, selepas diberitahu dia sudah tidak diperlukan lagi.

Kenapa kejuaraan kali ini benar benar beremosi tinggi buat Suarez. Beliau dibuang oleh Barcelona dengan cara kejam ketika era Koeman.

Suarez adalah legenda. Beliau berhak untuk diberikan ucapan ataupun acara perpisahan yang lebih baik. Bukannya pergi melukakan hatinya dengan sms menyatakan dia sudah tak diperlukan kerana dan tua. Sila cari kelab lain.

Itu bukan caranya untuk melayan pemain yang sudah menjaringkan 195 gol untuk Barcelona, bermain 283 perlawanan, 113 assist dan 13 trofi. Beliau menjadi penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Barcelona.

Barca melepaskan beliau ke Atletico dengan harga penghabisan stok EUR5 juta. Messi antara pemain yang lantang mengkritik pengurusan tertinggi ketika itu.

Ramalan Messi benar belaka

Messi berkata: “Perkara yang gila adalah mereka menjual Luis Suarez secara percuma ke kelab yang bersaing dalam satu pertandingan liga dengan kami.”

Suarez ketika itu menegaskan bahawa, Messi gembira melihatnya mendapat kelab baharu dan mengucapkan selamat maju jaya.

Kenyataan Messi itu ternyata tepat. Messi tahu Suarez akan menggigit Barcelona balik selepas ini. Kerana Messi percaya Suarez masih ada peak pada dirinya.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Suarez masih lagi terluka dengan Barcelona. Beliau berkata: “Barca tidak menghargai saya, dan Atletico membuka pintu kepada saya.”

“saya akan sentiasa berterima kasih kepada kelab ini kerana mempercayai saya.”

Luis Suarez akan dikenang sebagai legenda Barcelona dan juga akan disebut sebagai legenda Atletico pada masa yang sama. Beliau menjadikan impian peminat Atletico dan Simeone menjadi terlaksana sekali lagi selepas kejuaraan terakhir mereka pada 2014.

Tidak kurang juga yang teringatkan David Villa yang dilepaskan ke Barca, juga dengan nilai EUR5 juta, dan membantu pasukan tersebut menjuarai  La Liga.

Suarez dianggap ‘membalas’ budi Villa. Walaupun hakikatnya, cara Suarez meninggalkan Barcelona tidak sama dengan apa yang berlaku kepada Villa.

Baca yang lain