[VIDEO] Ten Hag Maki De Gea Kerana Lambungkan Bola: “What The F* Are You Doing”

Para peminat terkejut dan terkedu melihat semangat dan ketegasan Erik ten Hag ketika mengendalikan Manchester United dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Crystal Palace malam semalam.

Beliau sepertinya telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak buahnya dan tak mahu mereka membuat sebarang kesilapan ketika sedang bermain.

Beliau dikatakan berteriak, “Apa lan**u kau buat?” kepada salah seorang pemainnya ketika sedang beraksi bertemu Palace malam semalam.

Aksi hebat yang Manchester United tunjukkan ketika pra-musim ini jelas sekali satu hal yang sangat menggembirakan para penyokong mereka.

Ketika aksi bertemu Crystal Palace semalam, skuad setan merah meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan mencatatkan kemenangan 3-1 di Melbourne Cricket Ground.

Gol jaringan Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan selesa 3-1 Man United menewaskan Palace.

Ia merupakan kemenangan ketiga Manchester United dari tiga aksi perlawanan pra-musim mereka pada musim panas ini.

Walau sudah mendahului dan anak-anak buahnya turut mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut, namun ia masih tetap gagal untuk memenuhi kehendak Ten Hag.

Minggu lalu, bekas pengurus Ajax itu dikatakan melihat banyak kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya ketika aksi kemenangan 4-0 bertemu Liverpool di Thailand.

Beliau turut mengakui yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan itu terutama selepas melihat pengurus dari Jerman itu menurunkan ramai pemain mudanya dalam perlawanan tersebut.

Seterusnya, ketika aksi bertemu Crystal Palace malam semalam, pengurus dari Belanda itu dikatakan telah berteriak sesuatu yang agak kasar kepada salah seorang anak buahnya.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-87 permainan, dan walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, namun Ten Hag tetap menganggap ia sebagai perlawanan yang penting.

Man United bahkan pada ketika itu sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1 dan hal itu sama sekali tak menghalang untuk Ten Hag bengang kepada anak buahnya.

“Apa lan**u kau buat?”

Teriak Ten Hag kepada salah seorang anak buahnya yang sedang beraksi.

Video Ten Hag menjerit kepada anak buahnya dikongsi ramai dan tular. Kemudian, Charlie Savage mengesahkan bahawa De Gea sebenarnya yang kena maki dengan Ten Hag. Bukannya dia.

Peminat Man United mahu para pemain United kali ini jangan nak manja manja sangat seperti sebelum ini. Tidak kiralah anda bintang atau pemain muda.

Dengar sendiri suara ganas Ten Hag menjerit kepada De Gea. Di mana De Gea seharusnya lebih tenang dalam berdepan pressing seperti itu. Dia harus melihat opsyen berdekatan. Ini adalah pra musim, dan inilah peluang untuk membina sistem dan keyakinan.

Man United mendahului 1-0 pada aksi babak pertama permainan menerusi Anthony Martial, dengan bintang Perancis itu telah mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan sejak kembali dari Sevilla.

Marcus Rashford kemudiannya berjaya meledak gol yang sungguh menakjubkan untuk Man United dan para peminat gembira melihat beliau berjaya menemui sentuhan terbaiknya semula.

Beliau sepanjang musim lalu tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan kerana itu lah peminat menarik nafas lega melihat aksi hebat beliau ketika aksi pra-musim ini.

Jadon Sancho yang turut dianggap sebagai pemain paling menyerlah di bawah kendalian Erik ten Hag itu kemudiannya meledak gol ketiga untuk Man United dalam perlawanan ini.

Ten Hag sementara itu mengakui yang beliau sedar tentang cabaran yang beliau hadapi untuk kendalikan kelab gergasi seperti Manchester United.

“Ia adalah cabaran sebenar untuk membawa mereka kembali ke tempat asal mereka. Saya sangat bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan itu.”

Jelas Ten Hag kepada PA.

“Kami mahu menang setiap perlawanan dan tidak kira siapa lawan kami.”

“Saya rasa itu adalah hak Manchester United dan itulah apa yang akan kami lakukan. Itu adalah kehendak skuad dan setiap pemain perlu akur.”

Sumber: SPORTbible