VIDEO: Ten Hag Tamatkan Kemarau Trofi Dan Raikan Dengan Tarian Khas Dari ‘Ajax’

Manchester United turun berdepan dengan Newcastle dalam aksi final Piala Carabao 2022/23 yang berlangsung di Wembley.

Newcastle United benar benar tampil baik sekali pada separuh masa pertama. Mereka lebih banyak melakukan sentuhan di kawasan lawan.

Namun malang sekali kerana mereka sangat tumpul di serangan akhir.

Saint Maximin memiliki peluang terbaik untuk pasukannya. Dengan rembatan dari jarak dekat di byline yang ditepis De Gea.

Di sebalik aksi Newcastle yang lebih meyakinkan itu, Man United akhirnya menghukum mereka dengan ketajaman di hadapan gol.

Gol pertama berpunca daripada sepakan percuma yang diberikan pengadil selepas Guimaraes mengasari Rashford.

Luke Shaw melakukan hantaran yang sangat cantik yang ditanduk masuk oleh Casemiro.

Namun sorakan padu penyokong United terhenti seketika apabila VAR campur tangan untuk memeriksa gol tersebut bagi menentukan sama ada ianya ofsaid ataupun tak.

Kira kira seminit kemudian VAR mengesahkan gol tersebut dan Wembley bergema sekali lagi dengan sorakan penyokong Red Devils. Man United mendahului pada minit ke-33.

Selepas itu Man United mendapatkan rentak mereka dalam perlawanan ini. Mereka lebih baik dalam aliran bola.

Selang enam minit kemudian, Man United di hadapan dengan 2 gol. Kali ini Marcus Rashford melakukan rembatan yang terbaik pada Botman dan masuk.

Weghorst hampir menambah 1 lagi gol pada masa kecederaan. Tetapi percubaan derasnya ditepis Karius.

Separuh masa pertama Manchester United mendahului 2-0.

Bersambung separuh masa kedua Man United mencipta dua peluang awal namun gagal disudahkan oleh Fred dan Antony.

Kemudian Newcastle mendominasi perlawanan. Saint Maximin berterusan melakukan gerakan pantas dari kiri.

Pada satu ketika Newcastle United menguasai sehingga 81% penguasaan bola. Bukti bahawa pasukan bimbingan Eddie Howe benar-benar berusaha mencari gol.

Minit k3-72, berpunca daripada hantaran lolos Guimaraes, ianya disambut dengan baik oleh Kieran Trippier. Hantaran silang Trippier dipintas De Gea dengan tepisannya.

Pengadil kemudian menghentikan permainan kerana ofsaid.

Seminit kemudian, Manchester United melakukan serangan balas. Marcus Rashford Melaka percubaan dari luar kotak penalti. Tetapi kali ini Karius melakukan save kemas.

Newcastle berterusan menekan lawan mereka. Namun skripnya tetap sama, tumpul di hadapan gol.

Man United mendapat beberapa peluang pada minit akhir perlawanan termasuk daripada Bruno Fernandes yang sudah melihat peluang terbuka pada masa kecederaan. Namun gagal disudahkan.

Tamat perlawanan United 2 Newcastle 0.

Erik Ten Hag menamatkan penantian 5 tahun 277 hari United tanpa sebarang piala domestik hanya dalam masa 7 bulan pertamanya di kelab tersebut.

Inilah trofi pertama United sejak 2017.

Lihatlah keraian ini yang dibawa khas dari Ajax:

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa