Korang masih ingat tak dengan sepakan percuma ikonik oleh Juninho Pernambucano satu ketika dulu?
Di mana Juninho melakukan sepakan deras dengan signature free kick beliau iaitu knuckleball dari kawasan tepi padang.
Tidak ramai pemain yang boleh menjaringkan sepakan percuma daripada kedudukan ini.
Namun untuk Juninho, ini bukanlah benda yang asing. Pemain yang turut menjadi rujukan Andrea Pirlo dalam melakukan sepakan percuma dengan gaya knuckleball.
Di mana Pirlo pernah berjumpa dengan Juninho ketika Piala Dunia di Brazil untuk menajamkan lagi tenik knuckleball free kick beliau.
RT ChampionsLeague: 🗓️ #OTD in 2009, Juninho Pernambucano scored THIS against Barcelona 👏 🎯 Greatest free-kick taker? 🤔 #UCL | Juninhope08 | OL pic.twitter.com/5HZEKkuH4p
🗓️ #OTD in 2009, Juninho Pernambucano scored THIS against Barcelona 👏
🎯 Greatest free-kick taker? 🤔#…
— Juan Caicedo (@juancaicelexito) February 26, 2019
Dan dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia, bintang sensasi Turki, Hakan Calhanoglu melakukan copy ori sepakan percuma ikonik tersebut.
Hakan Calhanoglu memang dikenali juga dengan gaya sepakan percuma menggunakan teknik knuckleball. Dan beliau antara pengambil sepakan percuma terbaik ketika ini.
Beliau pemain yang memiliki ketepatan sepakan percuma yang luar biasa, terutama sekali ketika masih di Bundesliga. Ianya salah satu perkara yang menaikkan nama Hakan Calhanoglu.
AC Milan dan Atalanta bertemu dalam aksi Serie A. Dan kedua dua pasukan sedang dalam form luar biasa sejak liga bersambung semula.
Atalanta tiba tiba memiliki harapan untuk bersaing kejuaraan dengan Juventus. Walaupun skuad The Old Lady dilihat sangat hampir dengan kejuarraan.
Namun impian Atalanta untuk mencabar kejuaraan kian musnah. Ini selepas mereka seri 1-1 di AC Milan awal pagi tadi.
Juventus kini kekal 5 mata di atas Atalanta dengan baki dua lagi perlawanan.
Dalam perlawanan pusingan pertama Serie A di antara kedua dua pasukan, skuad kendalian Gian Piero Gasperini, Atalanta membelasah Milan 5-0.
Namun begitu dalam aksi di San Siro, Hakan Calhanoglu meletakkan Milan di hadapan menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.
https://twitter.com/i/status/1286754439144058881
Ianya sepakan yang sukar untuk dihentikan. Lebih menarik beliau melakukan gol itu pada penampilan Serie A ke-100 beliau.
100 – Hakan #Calhanoglu will play tonight his 100th Serie A game – since he joined the club in 2017/18, he is the AC Milan player with the most goals (16, alongside Kessié) and assists (21) in the Italian top-flight. Bishop.#SerieATIM #MilanAtalanta pic.twitter.com/jJfxuu8ZIK
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 24, 2020
https://twitter.com/i/status/1286753870270603265
Namun selepas itu, Atalanta memberikan respon segera. Mereka melancarkan beberapa siri serangan.
Milan pastinya harus berterima kasih kepada Gianluigi Donnarumma yang beraksi cemerlang termasuk menyelamatkan penalti minit ke-24 Ruslan Malinovskyi.
Bagaimanapun Duvan Zapata menyamakan kedudukan pada minit ke-34.
Dengan kepuitusan ini Milan kekal di tangga keenam, satu mata di belakang Roma. Mereka kini sudah boleh menarik nafas lega dengan kejayaan mara ke slot Liga Europa musim hadapan.
Esse gol me lembra o do Juninho vs Barcelona e do Tadic vs Real Madrid. https://t.co/kvrNZr6BrZ
— Ícaro Caldas (@10icarocaldas) July 24, 2020
Sementara Atalanta kekal di tangga kedua. Mereka berpeluang menamatkan saingan sebagai naib juara liga. Satu pencapaian luar biasa kelab kerdil yang terus cemerlang dalam beberapa musim ini termasuk beraksi di UCL.