VIDEO Tentang Perjuangan Staf KKM / Frontliner Yang Menyentuh Hati

Satu video yang sudah disunting memaparkan luahan seorang doktor yang terlalu penat selepas bekerja tanpa henti kerana menyelamatkan nyawa.

Antara luahan beliau adalah:

“Apa yang paling kita takuti adalah apabila pasukan barisan hadapadan (front liner) kita mulai burn out, mula kepenatan, mula hilang semangat – dan keletihan melampau.”

“Staff KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang ke rumah, mandi, letak kepala dua saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tertidur di tempat kerja?”

Seterusnya beliau menyatakan perasan sebak pasangan mereka dan anak-anak melihat pasangan mereka yang terus berjuang.

“Ada suami isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka bekerja di hospital, menangis melihat pasangan mereka.”

“Mereka menangis bersungguh-sungguh melihat pasangan mereka kepenatan yang teramat. Anak-anak dari dalam kereta memandang dari jauh.”

“Ibu dan ayah melambai dengan esakan yang tak henti – henti. Bahkan cleaner hospital pun menangis melihat doktor dan staf KKM yang lain kelesuan, dan hati yang dah tak bermaya lagi.”

Jadi, doktor tersebut sangat risau jika barisan hadapan ini tumbang. Kerana mereka adalah yang paling penting.

Paling kecewa, ada segelintir pihak yang seolah olah tak menghargai pengorbanan barisan hadapan ini, malah ada yang mempersendakan.

Ada yang tak endahkan perintah kawalan pergerakan, siap muat naik gambar pergi ke pasaraya beramai-ramai dan berkelah.

“Namun malangnya, kita yang sihat dan diberikan cuti, tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.”

Paling teruk ada yang menipu ketika ditanya oleh doktor. Sedangkan mereka ada kontak terus dengan pembawa COVID-19.

Kesan penipuan inilah yang membuatkan doktor yang merawat mereka menangis kerana doktor itu pula yang terpaksa dikuarantin.

“Sedarlah semua, ada nurse yang mengandung menangis teruk, kerana ada kontak secara terus dengan pesakit.”

Lalu, doktor tersebut dengan nada sayu meminta agar kesemua pihak bersimpatilah dengan doktor-doktor dan para jururawat yang berjuang membantu melawan COVID-19.

“Staf KKM adalah hero dan heroin yang tiada bandingannya. Jasa mereka… mereka berkorban untuk kita. Dan kita pula sanggup mengkhianati dan mempersendakan pengorbanan mereka.”

“Ada staf yang menangis kerana tidak lagi boleh solat awal waktu. Ada yang menangis kerana tidak dapat membaca Al-Quran seperti biasa.”

Lalu beliau menyeru agar kesemua pihak memainkan peranan dalam menyokong barisan hadapan.

Jangan menipu ketika ditanya oleh doktor. Dan seterusya sila ikut perintah kawalan pergerakan.

Malaysia antara negara yang menghadapi kes COVID-19 yang merisaukan. Covid-19 adalah virus yang boleh merebak melalui sentuhan.

Inilah sebab kenapa kerajaan mengarahkan agar sentiasa menjarakkan diri / social distancing dan tidak berkerumun di tempat awam.

Langkah pencegahan ini sangat penting untuk memutukan rantaian wabak daripada terus merebak.

Marilah bersama sama berjuang dan memainkan peranan kita dalam memerangi wabak Koronavirus / covid-19.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil