Video Tentera Israel Serang Stadium Palestine Ketika Aksi Final Piala Abu Ammar, Apa Tindakan FIFA?

Dalam laporan yang membuatkan ramai marah, tentera Israel menceroboh stadium antarabangsa Faisal Al Husseini malam tadi dan melepaskan gas pemedih mata ke atas padang dan ke tempat penonton.

Membuatkan perlawanan akhir Piala Abu Ammar terpaksa dihentikan seketika selama sejam sementara pemain dan peminat dirawat.

Pada awalnya, ramai menjangkakan bahawa perlawanan itu akan dihentikan terus dan ditangguhkan. Kerana semua dalam ketakutan akan ada insiden lebih buruk berlaku.

Serangan Israel kali ini dianggap sangat tidak masuk akal. Kerana mereka langsung tidak menerima sebarang provokasi, seperti mana yang mereka selalu dakwa.

Dan pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu atau siapa yang mengarahkan tentera mereka menyerang pemain dan peminat di stadium.

Stadium antarabangsa Faisal Al Husseini adalah rumah kepada FA Palestin.

Piala Abu Ammar dinamakan sempena bekas presiden Palestin Yasser Arafat yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dari 1969 hingga 2004 dan Presiden Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dari 1994 hingga 2004.

Tahun ini perlawanan akhir dimainkan antara dua pasukan utama Liga Perdana Tebing Barat, Jabal Al Mukkabber dan Balata FC.

Kira-kira jam 10 malam dua kenderaan berperisai Israel memecah masuk ke dalam stadium. Askar keluar dari kenderaan dan mula melepaskan gas pemedih mata dari belakang tembok stadium/

Perlawanan dihentikan untuk merawat mangsa yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

Awal minggu ini FIFA telah membatalkan penganjuran Piala Dunia U20 yang akan bermula pada Mei dari Indonesia.

Ini selepas rakyat Indonesia telah mengkritik penyertaan Israel dalam kejohanan itu, manakala gabenor Bali Wayan Koster telah menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan memohon mereka untuk “mengguna pakai dasar melarang pasukan Israel daripada bersaing di Bali” akibat konflik dengan Palestin.

Dengan Israel tidak dapat bersaing, FIFA membuat keputusan untuk menarik balik kejohanan itu dari Indonesia. Walaupun negara itu sudah membelanjakan jutaan dollar untuk persiapan.

Kini sudah ramai suara suara meminta FIFA mengambil tindakan ke atas insiden malam tadi.

“FIFA, apa tindakan kamu?” kata seorang warga Twitter yang melihat, isu pencabulan kemanusiaan sentiasa terpakai kepada negara lain. Namun tidak pernah sekali kepada Israel.

Peminat bola sepak dari Indonesia turut menganggap insiden kali ini tiada bezanya dengan tragedi Kanjuruhan yang digunakan FIFA sebagai modal untuk menarik kelayakan Indonesia sebagai tuan rumah.

Cuma kali ini melibatkan tentera. Namun intipatinya, ianya masih dikira insiden membahayakan penyokong.