[VIDEO] Terduduk Pengadil Dibentes Casemiro, Kedua Duanya Tersenyum Tanda Kelakar

Casemiro memang dikenali dengan aksi lasaknya di tengah padang selaku pemain tengah defensif.

Beliau menang sensitif dengan perkara perkara selain rakannya yang lalu di hadapannya.

Prinsipnya mudah, dia perlu memastikan bola dan pemain lawan tak lepas. Jadi Casemiro akan cuba melakukan bentesan segera jika itu berlaku.

Beliau merupakan antara pemain defensive midfielder terbaik dalam generasinya. Memenangi beberapa kejuaraan Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Real Madrid.

Casemiro terus diberikan kepercayaan oleh pengurus baharu Real Madrid, Carlo Ancelotti di dalam pasukannya.

Dalam aksi La Liga di antara Real Madrid berdepan Real Betis. Casemiro dan rakan rakannya berhempas pulas untuk menang 1-0.

Sebelum ini Real Madrid menang dalam aksi pembukaan dan seri dengan Levante.

Berlaku satu insiden yang kelakar seram di tengah padang. Ini apabila Casemiro terbentes pengadil sehingga pengadil terjatuh.

Casemiro cuba mematikan serangan balas pasukan lawan. Pengadil perlawanan, Alejandro Hernández menjadi mangsa kepada bentesan itu.

Casemiro kemudian tersenyum dan meminta maaf kepada pengadil. Pengadil pun merasakan insiden itu agak kelakar dan pelik.

Seterusnya perlawanan diteruskan seperti biasa.

Selepas tamat perlawanan Casemiro menyalahkan pengadil kerana posisi pengadil sangat teruk.

Casemiro berkata: “Bola ada di situ dan saya perlu merampasnya. Dan pengadil pun ada di situ, dia berada di posisi sangat teruk.”

Ramai yang berkongsi video tersebut di media sosial.

Baca yang lain