[VIDEO] Terkejut Mbappe Melihat Martial Tak Nak Jabat Tangan, Kemudian Dia ‘Miss’ Penalti

Anthony Martial telah mengejutkan ramai pihak apabila menolak untuk berjabat tangan dengan Kylian Mbappe ketika diganti, Mbappe segera menoleh dan merenung Martial dalam keadaan terkejut.

Anthony Martial dan Kylian Mbappe mengetuai pasukan kebangsaan Perancis untuk mengalahkan pasukan kebangsaan Kazakhstan dalam perlawanan Kumpulan D pada Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah 2022 di Stadium Astana Arena.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps meletakkan Martial sebagai penyerang tengah dalam formasi 4-2-3-1. Martial membalas kepercayaan Deschamps dengan mencipta gol pembukaan minit ke-19.

Martial melakukan putaran badan yang cantik sebelum melorongkan kepada Dembele. Pemain Barcelona itu dengan kemas menolak masuk bola.

Gol kedua Perancis menyusul pada minit ke-44 menerusi gol sendiri Sergei Maliy.

Namun Martial kemudian bertukar menjadi jurang gembira. Deschamps yang merasakan bahawa mereka sudah menapau 3 mata, telah membuat 3 pertukara pada minit ke-59.

Wissam Ben Yedder masuk untuk menggantikan Antoine Griezmann, Moussa Sissoko menggantikan Tanguy Ndombele, dan Kylian Mbappe menggantikan Anthony Martial.

Ketika dia ingin memasuki padang, Mbappe dilihat bersalaman dengan Paul Pogba terlebih dahulu. Mbappe berlari ke arah Martial dan hendak berjabat tangan dengan pemain itu.

Namun, Martial diam dan terus berjalan. Melihat reaksi Martial itu, Mbappe agak terkejut dan berpaling menoleh ke arah Martial.

Drama Mbappe berterusan, apabila beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75. Penjaga gol berusia 39 tahun Kazakhstan berjaya melakukan aksi save memukau.

Ini adalah pertama kalinya, Kylian Mbappe menyempurnakan penalti, sama ada untuk kelab atau pasukan kebangsaan, sejak April 2019.

Namun lebih penting Perancis menang dalam perlawanan tersebut. Martial memang pemain yang suka berada di dalam dunia dia sendiri. Dan seorang pemain yang sentiasa muka serius.

Mungkin dia agak kecewa tidak meneruskan perlawanan kerana kecederaan. Dan saya yakin ianya tiada agenda beliau kecewa dengan Mbappe.

Martial dilaporkan mengalami kesakitan di lutut kirinya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.