[VIDEO] Tersedar Dirinya Di Luar Padang, Pemain Ini Berguling Balik Masuk Untuk Melengahkan Perlawanan

Ajax kini menduduki tangga teratas Eredivisie selepas gol kontroversi memberikan mereka kemenangan 2-1 ke atas PSV Eindhoven di Stadion Philips.

Pengurus pasukan PSV iaitu Roger Schmidt memutuskan untuk memberikan tempat dalam kesebelasan utama untuk Joey Veerman buat kali pertama di dalam kempen Eredivisie.

Manakala gandingan Cody Gakpo, Mario Gotze dan Ritsu Doan mengepalai barisan serangan pasukan mereka.

Ajax pula menamakan kesebelasan yang sama ketika mereka berjaya mengalahkan Utrecht hujung minggu lalu. Mereka kelihatan benar benar mahu mencipta keputusan yang sama dengan aura daripada skuad yang sama.

Rembatan Veerman adalah satu-satunya aksi paling menarik pada peringkat pembukaan di mana kedua dua pasukan bergelut dalam aksi yang sangat sengit.

Pada minit ke-27, Ajax hampir di hadapan menerusi sepakan percuma Steven Berghuis. Pada minit ke-34, Ajax akhirnya mendahului dengan Brian Brobbey menanduk masuk hantaran lintang Dusan Tadic.

Penyerang itu cedera semasa jaringan dan terpaksa digantikan oleh Danilo.

Pada minit ke-53, PSV mengambil kesempatan daripada kesilapan Jurrien Timber untuk menyamakan kedudukan apabila Mario Gotze menjaringkan gol dari hantaran lintang Veerman.

Kontroversi gol Mazraoui

Kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan tetapi Ajax mendahului pada minit ke-74 dalam keadaan kontroversi. Daley Blind melorongkan bola dan Noussair Mazraoui melakukan rembatan cemerlang ke gawang. Bola nampaknya telah keluar dari permainan sebelum gol, tetapi pengadil Danny Makkelie dan VAR memutuskannya sebagai gol.

Para pemain PSV sangat bengang dengan pengadil.

Eran Zahavi, Yorbe Vertessen dan Bruma semuanya masuk dari bangku simpanan untuk PSV tetapi mereka tidak menemui gol penyamaan sebelum tamat.

Kemudian berlaku satu lagi insiden di mana pemain Ajax, Lisandro Martinez melakukan aksi berguling masuk seperti rewind balik.

Lakonan melampau Lisandro Martinez pula

Martinez yang terjatuh dalam cabaran dengan pemain lawan telah berguling keluar padang. Menyedari dirinya berada di luar padang, dia masuk semula ke padang dengan berguling balik ke sana.

Ini kerana Martinez sedar, jika dia berada di luar padang, pengadil boleh meneruskan aksi tanpanya. Jadi dia memutuskan untuk masuk balik untuk memastikan pengadil memberikan perhatian kepadanya dan tidak boleh meneruskan permainan tanpanya.

Aksinya itu tular di seluruh dunia. Ramai yang menganggap ianya kelakar dan lakonan yang melampau. Mereka juga menganggap perbuatan Martinez itu sebagai tiada semangat kesukanan.

Bagi penyokong Ajax, mereka menganggap ianya genius untuk mengelak Ajax daripada bermain 10 pemain. Pada masa yang sama dia boleh melengahkan perlawanan. Insiden itu berlaku pada lewat masa kecederaan.

Ada juga yang berkata itu adalah perbuatan menganjing level dewa. Dia berguling guling kesakitan dan meraung. Namun ternyata dia tidak apa apa selepas itu.

Pauliina Luukkanen antara penyokong yang bengang. Dia berkata di Twitternya: “Tak tak tak, aku benci betullah benda macam ni dalam bola sepak.”

“Memalukan! Lisandro Martinez [emoji muntak ijau].”

“Pemain jenis macam ni tak layak bermain dalam sukan terhebat sepanjang zaman.”

Saksikan di sini:

Ajax kini berada di kedudukan teratas dan dua mata di atas PSV Eindhoven. Ajax mahu memastikan kejuaraan Eredivisie milik mereka sekali lagi.

Musim ini juga mungkin musim terakhir Erik Ten Hag bersama dengan mereka. Ini selepas pengurus tersebut hangat dikaitkan dengan Manchester United untuk menjadi pengurus tetap di Old Trafford pada musim hadapan.

Selain daripada aksi domestik, Ajax turut memfokuskan persiapan untuk pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah pada bulan hadapan.

Di mana Ajax diundi berdepan dengan Benfica dari Portugal.

Baca yang lain