VIDEO: Textbook Counter Attack Dengan Outside Foot Pass Salah, Dan Gol Padu Chamberlain

Liverpool menang 2-0 dalam aksi berhadapan dengan West Ham. Gol gol Liverpool adalah menerusi Mohamed Salah, dan juga Alex Oxlade-Chamberlain.

Gol kedua Chamberlain tu memang serangan balas yang klasik. Bermula daripada bawah, kemudian sangat direct. Tiada pusing pusing ataupun banyak gelecekan dilakukan.

Mohamed Salah berjaya memastikan beliau memenangi bola dalam keadaan beliau ditekan.

Mo Salah kemudian melakukan hantaran leret dengan outside boot yang melencong rendah.

Saksikan di sini:

Gol tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Liverpool di dalam perlawanan ini.

Alex Oxlade-Chamberlain terus menjadi nadi penting Liverpool musim ini.

Gol kita juga istimewa kerana ia dilakukan pada hari beliau membuat penampilan ke-50 untuk Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Paling unik Alex Oxlade-Chamberlain kini masuk dalam kelab elit, pemain yang tidak pernah lagi kalah di Anfield dalam aksi EPL.

Laporan Perlawanan

Liverpool turun berhadapan dengan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, untuk melengkapkan perlawanan ke-24 Liverpool.

Menentang Liverpool merupakan perlawanan yang tidak begitu digemari David Moyes. Sudah pasti bekas pengendali Everton dan Man United itu mahu memperbaiki rekod beliau.

Liverpool mendapat peluang awal daripada Divock Origi, namun pemain itu gagal untuk menghantar tepat kepada Mohamed Salah.

Liverpool sangat dominan pada awal babak. West Ham dilihat cuba bermain dengan cara ultra defensive. Liverpool sukar untuk mencipta peluang gol.

Pada minit ke-23, peluang terbaik Liverpool menjelma. Hantaran oleh Mohamed Salah kepada Robertson, dan pemain kebangsaan Scotland itu meleretkan bola melepas Fabianski. Malangnya bola tak masuk.

Lima minit kemudian, Robertson mencipta peluang gol kepada rakannya. Namun Divock Origi dan Mohamed Salah gagal untuk menyambar bola.

Pada minit ke-33, Divock Origi dijatuhkan oleh Diop di dalam kotak penalti.

VAR digunakan untuk memeriksa keputusan pengadil – mahu menentukan sama ada Firmimo sudah handball terlebih dahulu. Dan ia tetap diberikan.

Mo Salah menyempurnakan peluang gol untuk Liverpool – bagi memastikan The Reds mendahului. Itu adalah percubaan tepat pertama dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama berakhir dengan satu gol memihak Liverpool.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mendapat peluang keemasan pertama menerusi Roberto Firmino pada minit ke-48, tetapi Fabianski melakukan satu save padu menafikan percubaan jarak dekat.

Liverpool akhirnya berjaya menambah satu lagi gol menerusi Alex Oxlade-Chamberlain. Ia berpunca daripada serangan balas. Mohamed Salah melorongkan bola cantik kepada Alex Oxlade-Chamberlain.

Alex Oxlade-Chamberlain menewaskan pertahanan dengan fizikalnya dan dalam keadaan satu lawan satu beliau menyempurnakan peluang gol.

https://twitter.com/D9INE_PREMIUM_1/status/1222624946393772032?s=19

Liverpool 2-0 di depan pada minit ke-52.

West Ham kemudiannya mendapat peluang terbaik mereka. Namun Alisson dengan cekap menepis bola.

Ketika perlawanan masuk ke minit ke-67, Divock Origi melakukan rembatan deras. Fabianski sekali lagi menafikan bola daripada masuk.

Trent Alexander-Arnold kemudian hampir sahaja terjaring bola ke gawang sendiri. Namun mujur terkena tiang

Pada minit ke-74, Mo Salah melakukan tandukan yang tersasar selepas binaan serangan yang fluid daripada Liverpool.

Tiga minit kemudian, Liverpool melakukan fast break. Mohamed Salah melakukan rembatan deras yang terkena tiang.

Pada minit ke-84, Declan Rice melakukan tandukan deras. Tetapi Alisson sekali lagi, cemerlang di gawang gol menafikan percubaan itu. Sikit lagi tu.

Pengadil meniup wisel penamat dan Liverpool berjaya menang 2-0 di tempat lawan.

Kemenangan Liverpool ini meletakan The Reds 19 mata di atas Manchester City dalam carta liga.

Mohamed Salah kini sudah menjaringkan 66 gol dalam liga untuk Liverpool.

West Ham pula hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan daripada zon penyingkiran.

Liverpool kini dalam kedudukan sangat baik untuk menamatkan saingan sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain