VIDEO The Undertaker Persembahkan Piala Musim Riyadh Dengan Entrance Klasik!

Legenda dan juga WWE Hall of Famer, The Undertaker telah diberiikan penghormatan pada acara pembukaan aksi final Piala Musim Riyad 2024, yang mempertemukan Al-Hilal dan Al-Nassr.

Pihak penganjur membuat kejutan dengan tema The Undertaker pada aksi pembukaan sebelum sepak mula.

Di mana stadium berubah kepada tema seram, The Undertaker, sama seperti entrance beliau ketika di WWE.

Ini termasuk muzik latar dan juga bunyi guruh dan pancaran kilat secara digital di seluruh stadium.

Acara itu berlaku di Kingdom Arena, Arab Saudi. Dan ia membuatkan ramai peminat bola sepak benar benar menikmati acara tersebut.

Arab Saudi menggunakan acara pembukaan ini sebagai salah satu langkah untuk menaikkan lagi publisiti Liga Saudi yang kini memiliki ramai nama besar di dalamnya.

Dalam aksi final ini pun sudah ada nama seperti CR7 beraksi untuk Al Nassr dan ramai lagi.

Ronaldo sendiri menikmati gimik The Undertaker yang dibuat sebelum sepak mula. Dia kelihatan gembira dan ketawa.

Ronaldo juga antara individu yang hidup dengan era Undertaker di WWE.

Saksikan entrance itu di sini:

Dalam aksi final tersebut Al Hilal menang 2-0 ke atas Al Nassr. Gol Al Hilal adalah menerusi Milinkovic Savic dan superstar Arab Saudi, Salem Al Dawsari.

Perlawanan kedua dua pasukan sengit dan agak panas. Di mana ada 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan ini.

The Undertaker sudah pun bersara dari arena WWE. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada WWE pada Survivor Series 2020. Namun itu bukannya penamat kariernya.

Dia masih menjadi bintang yang terlibat dalam WWE dengan membawa beberapa peranan.

The Undertaker dianggap penggusti WWE paling popular sepanjang zaman. Jika pun ada yang tidak bersetuju, mereka tetap bersetuju bahawa The Undertaker antara yang paling berpengaruh sepanjang zaman.

Sebelum ini The Undertaker turut muncul dalam konsert Pitbull di Arab Saudi, di mana dia menjadi announcer untuk Pitbull. Kemudian dia turut muncul dalam siri interaktif Netflix ‘Escape The Undertaker.’

Apa yang pasti WWE pasti tidak akan dapat mencari pengganti The Undertaker lagi.