[VIDEO] Thomas Dooley Terbuka Memuji JDT, Kenapa Pemain Mereka Seronok Berlatih

Thomas Dooley telah memberikan pandangan beliau tentang pasukan seteru kepada Pahang iaitu JDT.

Dooley sebelum ini lantang mengkritik padang latihan pasukan Pahang dan fasiliti yang naif. Tidak lama selepas itu Dooley direhatkan dan digugurkan dari jawatan ketua jurulatih Pahang – digantikan dengan Dollah Salleh.

Dooley kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan pembangunan Pahang.

Dalam satu sesi temubula dengan Borak Bola Pahang, Thomas Dooley menyatakan bahawa, JDT adalah pasukan yang jauh lebih baik berbanding pasukan lain di Malaysia.

Ini kerana fasiliti yang dimiliki JDT yang menurutnya kelas pertama / bertaraf dunia. Dooley menyifatkan kelengkapan dan atmosfera di kompleks latihan JDT membuatkan pemain seronok berlatih dan sanggup meluangkan masa sehingga 6 ke 8 jam.

Kesannya, sudah pastinya pemain akan lebih cergas dan lebih persefahaman bila di atas padang.

Dooley berkata: “Kenapa Johor [DT] jauh lebih baik daripada mana mana pasukan lain.”

“Tengoklah fasiliti yang mereka ada. Adakah anda rasa ianya memainkan peranan untuk membuatkan pemain lebih selesa dan seronok berada di sana.”

“Sudah tentu! Itulah adalah asas paling penting.”

“Bila kamu tengok dekat Johor, saya melihat menerusi YouTube channel dan sebagainya, segalanya adalah kelas pertama.”

“Siapa yang tak nak berada di sana?  Siapa yang tak nak memiliki apa yang mereka ada. Siapa yang tak nak berlatih di padang latihan.”

“Maksud saya, mereka boleh meluangkan masa sehingga 6-8 jam di sana. Mereka tak nak balik rumah kerana di apartment mereka pun tidak secantik fasiliti yang mereka miliki [di kompleks sukan JDT].”

JDT pada musim ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang telah mereka menang selama 7 musim berturut turut.

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi