VIDEO: Thunderbolt Saka Ini Dibina Dengan 22 Hantaran

Bila disebut pasal Arsenal pastinya kita teringat dengan Wengerball yang berasaskan gaya total football satu ketika dahulu.

Permainan bola sepak yang dibina dengan hantaran pendek, dengan gerakan yang progresif di antara para pemain.

Pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Arsenal berhadapan dengan Bournemouth dalam aksi Piala FA pusingan ke 4.

Menariknya pada minit kelima The Gunner sudah di hadapan menerusi Bukayo Saka. Pemain remaja itu melakukan rembatan deras dari sebelah kiri. Ianya agak sukar jika tidak dirembat dengan teknik yang betul dan kepantasan yang betul.

Saka berjaya meletakkan Arsenal di hadapan seawal minit ke-5 perlawanan.

Apa yang pasti jaringan ini adalah team goal. Jaringan yang dibina oleh Arsenal dengan 22 hantaran di antara para pemain mereka.

Dan seramai 10 orang pemain Arsenal yang terlibat di dalam binaan gol ini.

Jaringan kedua pasukan Arsenal muncul pada minit ke-26. Seorang lagi pemain muda iaitu Eddie Nketiah menantikan kepulangan semula beliau ke dalam pasukan Arsenal dengan gol.

Eddie kembali ke Arsenal dengan cara yang agak kontroversi apabila The Gunner memutuskan untuk menamatkan tempoh pinjaman di Leeds United.

Perkara itu membuat Marcello Bielsa sangat bengang.

Nketiah mengambil kesempatan di dalam kotak penalti Bournemouth. Gol yang membolehkan Arsenal masuk ke bilik persalinan dengan selesa.

Pada separuh masa kedua Arsenal agak bergelut dengan permainan mereka kerana Bournemouth telah meningkatkan intensiti permainan bagi menyelamatkan kempen mereka.

Sam Surridge menjaringkan gol pada lewat – sangat lewat – pada masa kecederaan

Arsenal berjaya menang 2-1. Mikel Arteta berjaya dalam percaturan beliau kali ini yang menggilirkan pemainnya.

Empat pemain remaja diberikan peluang oleh Mikel Arteta untuk beraksi pada aksi berhadapan dengan sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris.

The Gunner mara ke pusingan kelima Piala FA. Mereka akan berhadapan dengan pasukan Portsmouth.

Baca yang lain