[VIDEO] Timo Werner Calon Miss Of The Season vs Fulham

Peminat lawan tidak melepaskan peluang untuk troll Timo Werner setelah dia gagal menyempurnakan peluang terbuka ketika menentang Fulham.

Harapan Spurs untuk meraih 4 teratas terganggu di Craven Cottage apabila mereka kalah 3-0 dalam aksi yang sangat hambar.

Nama Timo Werner menjadi subjek kritikan peminat Spurs sendiri. Bekas pemain Chelsea itu ditandatangani oleh Spurs secara pinjaman dari RB Leipzig.

Dia dibawa masuk pada minit ke-68 menggantikan Pape Matar Sarr.

Hanya beberapa minit kemudian dia dihidangkan dengan peluang keemasan untuk berada dalam senarai penjaring. Dia menerima bola pada kedudukan gawang terbuka di hadapannya. Malangnya dia gagal menyempurnakannya.

Di media sosial peminat Chelsea menyindir peminat Spurs: “Tuan tuan, itulah Timo Werner yang kami kenal selama ini.”

Yang lain menulis: “Timo, peluang tu lebih sukar kau ‘miss’ berbanding skor”

Kemudian yang ketiga menulis: “Spurs tandatangani Timo untuk perbaiki serangan, tetapi sekarang lebih kepada merosakkannya lagi.”

Yang lain menyatakan bahawa ini adalah calon miss of the season dalam EPL musim ini.

Timo Werner miss vs Fulham 69′
byu/50lipa insoccer

Timo Werner sebelum ini dibawa masuk sebagai pengganti utama Harry Kane. Ini selepas kelab itu gagal mendapatkan pengganti Kane pada jendela perpindahan yang sama Kane pergi ke Bayern.

Dia menemui sentuhannya di Leipzig sebelum ini setelah meninggalkan Chelsea.

Namun menyatakan bahawa dia benar benar bersemangat mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris kerana masih ada misi belum selesai katanya.

Ange Postecoglou sebelum perlawanan menentang Fulham menyatakan bahawa kelab masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan Timo Werner sama ada mereka akan mendapatkan pemain itu secara tetap selepas ini.

Apa yang pasti pengurus itu menyatakan, setiap kali dia meminjam pemain dari kelab lain dia sentiasa mahu pemain itu kekal untuk jangka masa panjang.

Namun Ange menegaskan keputusan bukan di tangan Spurs semata mata. Kerana ianya melibatkan Timo dan kelabnya juga.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di