[VIDEO] Townsend Jelaskan Bagaimana Ibunya Bantu Dia Skor ‘Wondergoal’ Ini

Bintang Everton Andros Townsend nampaknya sudah menghantar pencalonan awal untuk gol tercantik musim ini. Di mana beliau melakukan screamer yang cantik dari luar kotak penalti.

Burnley terlebih dahulu di hadapan menerusi Ben Mee pada minit ke-53.

Namun Everton mengganas dengan 3 gol dalam jarak antara gol adalah 6 minit.

Mini ke-60, Michael Kean menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.

Sebelum Townsend melakukan gol yang luar biasa pada minit ke-65 perlawanan. Bekas bintang Spurs itu mencipta sedikit ruang dan merembat deras menewaskan Nick Pope.

Seminit kemudian, minit ke-66 Demaray Gray memastikan Everton 2 gol di hadapan.

Selepas tamat perlawanan Townsend mendedikasikan gol itu kepada ibunya. Ibunya telah memberikan semangat dan motivasi semula kepadanya untuk melakukan gol.

“Saya nak ucap hello kepada emak saya. Hujung minggu lalu, dia send video kompilasi gol gol saya.”

“Dan dia yakinkan saya, mahu saya kembali mepercayai diri sendiri sekali lagi. Kamu boleh lihat rekod gol saya sebelum ini. Saya cuma perlu lebih konsisten.”

“Saya harap dengan bantuan pengurus di sini, saya akan mampu meletakkan diri saya di kedudukan terbaik dan menjaringkan lebih banyak gol untuk membantu kelab bersejarah ini.”

Saksikan gol luar biasa itu di sini:

Skuad bimbingan Rafa Benitez menang bergaya dengan 3-1 untuk memastikan kemenangan ketiga mereka musim ini.

Everton kini sama mata dengan Liverpool, Chelsea dan Man United — di mana 3 lawan mereka itu berada di 3 teratas.

Townsend memang dikenali dengan keupayaannya melakukan gol gol cantik. Sebelum ini beliau pernah melakukan half volley lawa menentang Manchester City.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan