[VIDEO] Trap Control Dan Gol Mason Mount Yang Memukau

Mason Mount meneruskan aksi cemerlangnya sejak di bawah era Tuchel. Beliau menjaringkan satu lagi gol bertaraf dunia dalam aksi berhadapan dengan Porto – pada saingan Liga Juara Juara Eropah.

Dalam aksi suku akhir yang pertama, Chelsea menang 2-0 di tempat lawan. Dengan dua gol Chelsea adalah menerusi Ben Chilwell serta Mason Mount.

Mount membuka tirai jaringan pada minit ke-32 dengan satu skil dan teknik kawalan bola sempurna. Chelsea berada di final third dalam usaha merobek blok rendah lawan.

Jorginho kemudian melancarkan hantaran rendah yang sangat kemas. Mount yang berada di bahu pertahanan telah melakukan satu trap control yang cantik. Dia berputar dan bola sentuhan Mount itu ‘hidup’ dengan kekal berada dalam kawalannya.

Mount melangkapkan momen itu dengan melakukan rembatan tepat menggegar gawang gol.

Mount setakat ini sudah menjaringkan beberapa gol cantik dalam kariernya. Namun gol ini pasti antara yang paling diingati kerana seni dan kekemasannya.

Para peminat membincangkan gol tersebut menerusi media sosial. Ramai memuji ketenangan Mount dengan mengambil kira usianya dan aksi di pentas kalah mati UCL.

Mount kini menjadi pemain paling muda menjaringkan gol di peringkat kalah mati UCL untuk Chelsea.

Chelsea membawa dua gol dari tempat lawan dan dua gol kelebihan agregat.

Peluang mereka mara ke separuh akhir sangat cerah.

Baca yang lain