[VIDEO] Trivella Assist Cancelo Disudahkan Haaland Dengan Jurus Tendangan Kungfu

Erling Haaland meneruskan rekod cemerlangnya bersama dengan Manchester City.

Manchester City bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1 ke atas Borussia Dortmund di Etihad dalam aksi kedua Liga Juara Juara Eropah kumpulan G.

Dortmund terlebih dahulu di hadapan menerusi Jude Bellingham yang memintas bola dengan tandukannya untuk memerangkat Ederson.

Ketika Manchester City seolah olah akan kehilangan 3 mata di tempat sendiri, mereka bangkit pada 10 minit terakhir perlawanan.

John Stones menyamakan kedudukan pada minit ke-80 perlawanan. Stones melakukan rembatan deras yang tidak mampu diselamatkan oleh Meyer.

Kemudian detik magis Haaland muncul. Dia telah merobek hati penyokong bekas kelab lamanya.

Berpunca daripada Joao Cancelo yang melakukan trivella assist, Haaland membuka jurus kungfu ala Jet Li di hadapan gawang Dortmund.

Ianya assist berkelas dunia disempurnakan dengan gol berkelas dunia yang tak masuk akal.

Bola tersebut kelihatan agak terlalu kuat dan lari sedikit dari sasaran. Namun kegeniusan Haaland telah mengubahnya menjadi assist.

Peminat peminat City ternyata tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.

Haaland kini hanya gagal menjaringkan gol berdepan dengan 2 pasukan yang dia tentang sejak dia berkecimpung dalam bidang UCL. 2 pasukan itu adalah Ajax dan Man City.

Kini bekas kelabnya, Borussia Dortmund berada dalam senarai koleksi terbaru Haaland.

Dalam 8 perlawanan terakhir bersama City musim ini – setakat ini – Erling Braut Haaland sudah menjaringkan 13 gol dan 1 assist.

Ianya adalah rekod yang luar biasa daripada penyerang muda antarabangsa Norway itu. Walaupun pada awalnya, media Inggeris mempersoalkan kemampuannya.

Dengan prestasi semasa yang ada pada Haaland, kelihatan tiada cara untuk pertahanan menghentikannya.

Agak menarik kerana sebelum perlawanan, pemain pertahanan Dortmund, Nico Schlotterbeck menyatakan bahawa dia yakin akan dapat mendiamkan Haaland di Etihad.

Malangnya, selepas dia dimasukkan pada lewat perlawanan, Haaland terus mengajarnya erti penyesalan.

Terutama sekali dia adalah antara orang yang paling hampir melihat aksi kungfu Haaland.

Kemenangan ini membolehkan Man City meneruskan permulaan sempurna dalam kempen UCL pada musim ini. Mereka berada di tangga teratas kumpulan G selepas dua perlawanan dengan 6 mata. Dortmund di tangga kedua dengan 3 mata. Mereka harus lega kerana aksi antara FC Conpenhagen dengan Sevilla berakhir seri je.

Haaland menyertai Manchester City musim ini. City menebus kontrak Haaland di Dortmund untuk menjadikannya pemain no.9 baharu kelab mereka.

Baca yang lain