[VIDEO] True View Angle Sedap Paparan Gol Sadio Mane Yang Membingitkan Pagi Anda

Liverpool berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan 1-2 dalam aksi berhadapan dengan West Ham United.

Liverpool mendahului seawal minit kesembilan menerusi Gini Wijnaldum.

Namim selepas itu West Ham United berjaya menjaringkan dua gol menerusi Issa Diop dengan Pablo Fornals.

Mohamed Salah kemudian kembali menyamakan kedudukan untuk pasukan The reds.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit sahaja lagi, Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool.

Gol tersebut hasil daripada kegeniusan Trent Alexander-Arnold. Bek kanan kebangsaan England itu melepasi perangkap ofsaid ketika bola terbias pada pemain lawan.

Arnold kemudiannya menyungkit bola melepasi Lukasz Fabianski.

Sadio Mane dengan mudah menolak bola untuk gol kemenangan Liverpool. Korang saksikan di sini:

Sadio Mane berjaya mencatatkan 76% hantaran tepat dengan gelecekan sukses sebanyak 5 kali daripada 7 yang beliau lakukan.

3 percubaan ke arah gol, menghasilkan 1 gol untuk Mane.

Laporan perlawanan

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan ke-26 mereka musim ini dalam EPL. Sekaligus membuatkan Liverpool kekal menjadi pasukan yang tak kalah lagi dalam aksi liga. Hanya sekali Liverpool keciciran mata iaitu ketika aksi di Old Trafford.

Selain daripada itu, hanyalah kisah menang yang tercatat dalam perjalanan liga pasukan Liverpool musim ini.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Di mana skuad The Reds mendahului menerusi gol tandukan Gini Wijnaldum pada minit ke-9. Ianya adalah goalkeeper error yang teruk daripada Lukasz Fabianski.

Beliau gagal menghadang bola dengan kemas.

Wijnaldum menerima hantaran Trent Alexander Arnold dan menanduk masuk bola itu.

Namun begitu, dengan cepat West Ham memberikan respon. Issa Diop menyamakan kedudukan pada minit ke-12. Tiada cleans sheets lagi buat Liverpool kali ini.

Diop menanduk bola yang menewaskan Alisson di near post.

Pada separuh masa kedua, pemain gantian, Pablo Fornals meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit ke-54. Beliau menerima hantaran Declan Rice dan merembat masuk dengan kemas.

Ini merupakan kali kedua Liverpool dibolosi 2 atau lebih daripada 2 gol dalam satu perlawanan liga musim ini.

Namun kemurahan hati Fabianski sekali lagi memberikan Liverpool gol dan Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-68. Gol yang berpunca daripada hantaran Andy Robertson.

Mohamed Salah melakukan rembatan yang tepat kepada Fabianski, namun penjaga gol itu melakukan satu blunder yang teruk, dan terbocor lagi.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Sekali lagi Trent Alexander Arnold menjadi assistant.

Arnold menewaskan perangkap ofsaid dan memperdaya Lukasz Fabianski dengan satu hantaran dengan tap kepada Sadio Mane.

Mudah sahaja pemain kebangsaan Senegal itu menjaringkan gol.

Saksikan highlight di sini:

Highlight Liverpool 3 West Ham 2

Team selection

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Fabinho, Keita, Wijnaldum; Salah, Mane, Firmino

Substitutes: Adrian, Lovren, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Lallana, Origi, Matip

West Ham: Fabianski; Ngakia, Diop, Ogbonna, Cresswell; Rice, Noble, Soucek; Snodgrass, Anderson, Antonio

Substitutes: Randolph, Zabaleta, Balbuena, Lanzini, Fornals, Bowen, Haller

Liverpool semakin hampir dengan kejuaraan

Liverpool menang dalam aksi yang mungkin antara yang teruk mereka pamerkan musim ini. Pertahanan agak rapuh. Namun masih mampu mencipta kemenangan. Macam ni kita nak.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool kembali 22 mata di atas carta liga. Dan hanya memerlukan 4 kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraa Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool sudah mengutip 79 mata selepas 27 aksi liga.

 

Baca yang lain