Virgil Van Dijk menjadi pemain penting Liverpool dalam kemenangan ke atas Brighton, untuk aksi ke-14 EPL semalam.
Liverpool pastinya beremangat untuk mendapatkan 3 mata selepas Man City keciciran mata di St James’ Park dalam aksi sepak mula awal.
Jonjo Shelvey menjaringkan gol penyamaan yang sangat cantik untuk Newcastle.
Dalam aksi menentang Brighton di Anfield pula, Virgil Van Dijk menjaringkan 2 gol menerusi tandukan deras yang menewaskan penjaga gol lawan yang berada dalam prestasi terbaik.
Dan kedua-dua gol itu adalah hasil daripada hantaran lintang – menerusi bola mati oleh Trent Alexander-Arnold. Sungguh bijak budak scouser bernama Arnold ini. Malah beliau meletakkan nama Van Dijk dalam buku tiga lima beliau.
Di dalam twitter beliau memuat kapsyen lain ditujukan kepada pengurus FPL seluruh dunia, dengan memberikan sama – sama.
You’re welcome fantasy premier league players 😜 pic.twitter.com/QtWIfnMtnh
— Trent Alexander-Arnold (@trentaa98) November 30, 2019
VVD berjaya memenangi hati para peminat dan dianugerahkan pemain terbaik perlawanan. Selayaknya tembok Belanda itu memenanginya. Kau suka ke tak suka, suka hati kau la.
Orang dah pilih dah, kau angguk je la.
THE BIG MAN 🤩💪@VirgilvDijk is your @carlsberg Man of the Match 👏 pic.twitter.com/fUAYFy3Q8k
— Liverpool FC (@LFC) November 30, 2019
VVD dan juga Trent Alexander Arnold kini menjadi pemain pertahanan paling kreatif dan prolifik sejak musim lalu.
17/7 – Since the start of last season, Trent Alexander-Arnold has provided more assists than any other Premier League defender (17), while Virgil van Dijk has scored more Premier League goals than any other defender in that time (7). Deluge. #LIVBHA pic.twitter.com/QWfar59uBP
— OptaJoe (@OptaJoe) November 30, 2019
Namun aksi Liverpool semalam, hampir sahaja berakhir dengan tragedi pada 16 minit terakhir. Di mana Alisson dilayangkan kad merah.
Masuk si Adrian terus dia kena scam dengan gol bijak Lewis Dunk. Brighton hampir mencuri 1 mata dari Anfield.
Namun tamat perlawanan Liverpool menarik nafas lega dapat 3 mata daripada aksi yang tidak stabil sepanjang 90 minit. Dan macam orang kena mood swing.
Berbalik kepada cerita Vand Dijk, Liverpool FC dengan murah hati belanja sudut pandangan True View. Kamera yang berpusing pusing seluruh penjuru.
Korang lihat gol pertama VVD di sini pada pandangan true view. Memang merecik.
Amacam cantik tak tontonan semula gol tersebut dengan True View. Power kan?
Kemenangan semalam meletakkan Liverpool terus kekal di persada liga. Liverpool di atas dengan beza 11 mata daripada Manchester City dan Leicester.
Liverpool juga mencatatkan 31 perlawanan liga tanpa kalah. Rekod terpanjang pernah dicipta dalam sejarah Liverpool.
Hanya Chelsea dan Arsenal memiliki jumlah rekod tanpa kalah yang lebih panjang setakat ini.
🔴Liverpool have equalled their all-time longest unbeaten run in the top-division of 3️⃣1️⃣ games (W26 D5). The record was originally set by Kenny Dalglish’s team between May 1987 & March 1988.
Here’s how their unbeaten run ranks in PL history . . . pic.twitter.com/vlUGat01xt
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 30, 2019
Kemenangan dan juga 3 mata yang sangat baik walaupun agak ugly win – kerana aksi yang sangat goyah pada second half.
Perlawanan seterusnya Liverpool akan berhadapan dengan Everton dalam aksi derbi. Liverpool kehilangan khidmat Alisson yang digantung. Dan of course la si Fabinho yang cedera.
Liverpool menghadapi jadual sepanjang bulan Disember yang cukup padat. Diharap squad depth pasukan The Reds dapat menampung perkara tersebut.
Liverpool terpaksa memecahkan skuad untuk Piala Carabao kerana kebengongan FA dan EFL serta PL yang tak mampu nak memberikan kelonggaran kepada Liverpool untuk beraksi di Piala Dunia Kelab.
Semoga Liverpool teruskan rentak kemenangan selepas ini.