VIDEO: Tuan Kucing Terkejut Ketika Buka CCTV Melihat Kucingnya Menyalak Seperti Anjing

Seorang tuan kucing telah menonton pets camera setelah mendengar barang barang di dapur terjatuh kerana kucingnya.

Agak mengejutkan apabila ketika menonton semula video itu, beliau mendapati kucing hitamnya menyalak seperti seekor anjing.

Seekor kucing hitam Nerien menjadi viral setelah tampil menyalak seperti anjing ke arah seekor kucing Kelvin.

Tuan kucing tersebut ada dua ekor kucing dan membela seekor anjing. Dan kucing kucing itu saling berkejaran di dalam rumah.

Dengan salah seekor daripadanya melompat ke atas peti sejuk dan menakutkan kucing yang berwarna oren dengan menyalak seperti seekor anjing.

Dia terkejut sebaik sahaja memeriksa CCTV mendpati kucing hitamnya menyalak seperti anjing. Niat asal dia nak melihat kelakuan dua ekor kucing itu dan impak kerosakan jika ada.

Lain macam psywar si Nerien ni.

Rakaman yang ditangkap pada kamera haiwan peliharaan /pets camera itu telah mengejutkan internet setelah muncul menunjukkan kucing melakukan aksi seekor anjing yang menyalak.

Video itu, yang diposkan ke akaun Instagram @ginger_cat_and_vizslas, menunjukkan aksi kucing hitam Nerien dan Kelvin memaksa pemiliknya pergi ke dapur.

Nerien dilihat melompat ke peti sejuk sebelum berpaling semula menghadap rakannya dan kelihatan menyalak ke arahnya.

Nerien itu kemudian turun semula dan berkejaran sekali lagi dengan Kelvin. Memang huru hara dua ekor ni kerjakan dapur tu.

Pemilik kepada kucing tersebut,Joule berkongsi dengan Daily Star tentang apa yang berlaku.

“Saya membuat sedikit kerja di halaman dan tiba tiba mendengar kekacauan terjadi di rumah.”

Joule percaya hari itu Nerien tidak begitu baik moodnya. Jadi dia mempertahankan diri daripada diganggu oleh Kelvin.

Kedua dua ekor kucing itu memang rapat. Dan seringkali bermain dan bekejaran di rumah.