Lionel Messi menjadi legenda Barcelona dan La Liga. Harus diakui Lionel Messi merupakan elemen tarikan penting kepada La Liga selepas pemergian Cristiano Ronaldo.
Javier Tebas sendiri menyatakan bahawa La Liga memerlukan nama Lionel Messi untuk terus bermain dalam liga mereka.
Namun Messi masih tidak melanjutkan kontrak dengan Barcelona sehinggalah ke hari terakhir kontraknya pada 30 Jun 2021.
Detik Lionel Messi menjadi ejen bebas telah menjadi satu acara penting di Sepanyol. Ini apabila ada sesi kira turun / countdown khas untuk Messi.
Kira kira 11 jam yang lalu daripada artikel ini ditulias, El Chiringuito melakukan detik bersejarah tersebut bagi mengumumkan secara langsung dalam sesi pengumuman khas bahawa Messi rasminya menjadi ejen bebas.
Slot tersebut penuh dengan dramatik dari segi sudut kamera, ada timer, dan zoom yang memaparkan betapa hebatnya Messi sehingga ada pengumuman khas bahawa dia adalah free agent.
Messi ketika ini sedang bersama dengan Argentina dalam usahanya memburu kejuaraan major pertama dengan pasukan kebangsaan.
Saksikan detik itu di sini, di saat Josep Pedrerol mengira turun detik Messi menjadi ejen bebas:
🚨"MESSI ya NO es JUGADOR del BARÇA"🚨
‼️Tremendo inicio de @jpedrerol en #ChiringuitoMessi pic.twitter.com/GPP6OsVxfJ
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) June 30, 2021
Ramai peminat memberikan reaksi ke atas slot tersebut. Ada juga yang seakan akan tak percaya bahawa akan ada pengumuman pemain free agent seperti itu, sudah seperti rancangan hiburan realiti tv.
Mereka menjadikan detik tersebut penuh dengan debaran, kata seorang pengguna twitter.
Why do they have to make stuff so intense😭 https://t.co/Huf7jTRxE0
— a yo. (@victor_D2x) July 1, 2021
Jika di Malaysia kita pastinya teringat akan detik debaran pengacara Misteri Nusantara dengan latar muzik dan juga wajah yang serius.
Laporta yakin Messi akan kekal
Walaupun Messi sudah ejen bebas, Presiden baru Barcelona, Joan Laporta memberikan jaminan kepada penyokong Barcelona, bahawa Lionel Messi akan kekal bersama mereka.
1 Julai menandakan bahawa secara rasminya Lionel Messi menjadi ejen bebas tanpa sebarang kontrak.
It's official! 👀
Lionel Messi is out of work!
He's a free agent as of now! Where will he end up next?#bbcfootball #Barca pic.twitter.com/sH2hD8LqeM
— Match of the Day (@BBCMOTD) June 30, 2021
Namun rundingan dengan Messi masih tidak dapat dimuktamadkan kerana isu Financial Fair Play. Ini kerana Barcelona kini berdepan dengan beban hutang yang sangat tinggi.
Pada masa yang sama, mereka memiliki bil gaji pemain yang tinggi. Ini menyukarkan mereka untuk mengesahkan kontrak Messi yang dijangka akan tetap menerima gaji yang besar – sama ada menaik ataupun kekal dengan gaji semasa.
Prestasi Lionel Messi musim lalu tidak langsung menunjukkan beliau berhak menerima pengurangan gaji walaupun Messi sudah berusia 34 tahun. Barcelona masih cuba mengeluarkan beberapa pemain dari kelab mereka untuk mengimbangi kontrak Messi.
Coutinho, Ousmane Dembele antara dua nama dengan gaji besar yang berada dalam senarai untuk dilepaskan Barcelona pada harga tertentu.
Laporta meminta peminat Barcelona bertenang kerana segalanya masih terkawal. Laporta menjelaskan kepada El Transitor: “Kami mahu Lionel Messi kekal dan Messi pun mahu kekal di sini. Segalanya masih berjalan lancar – kami cuma ada isu dengan Financial Fairplay.”
“Kami dalam proses mencari solusi yang terbaik kepada kedua dua pihak.”
Barcelona president Joan Laporta to @ElTransistorOC: “We want Lionel Messi to stay and Leo wants to stay. Everything is on track – we have the issue of Financial Fair Play, we are in the process of finding the best solution for both parties”. 🔴🇦🇷 #FCB @ReshadRahman_
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 30, 2021