[VIDEO] Ucapan MOTM Kelechi Iheanacho Yang Paling Indah Buat Ibu Di Seluruh Dunia

Setiap pemain bola sepak pasti akan ada misi mereka tersendiri dalam padang. Dan kesemua mereka mengidam untuk menjaringkan hatrik lantas menjadi pemain terbaik perlawanan.

Kelechi Iheanacho pula telah menantikan hari bersejarah itu, bukan sahaja untuk dirinya, malah dia mahu muncul di hadapan tv bagi menggunakan kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibu di seluruh dunia.

Sebenarnya, ada kisah sedih di sebaliknya. Iheanacho membantu Leicester mencatatkan kemenangan paling besar pada musim ini ke atas Sheffield.

Ihenacho berucap: “Saya akan gunakan kesempatan ini untuk mendedikasikan hatrik ini kepada semua ibu di seluruh dunia, yang telah menjaga kami selama ini. Saya ucapkan Selamat Hari Ibu.”

Pada awalnya, netizen hanya terharu dengan keindahan kata kata Iheanacho. Tetapi selepas mendapat tahu bahawa ibu Iheanacho sebenarnya sudah meninggal dunia ketika pemain itu berusia 16 tahun, ramai yang sebak.

Ibunya, bernama Mercy, seorang guru, meninggal dunia pada usia 43 tahun. Setahun selepas itu, pada 2013, Iheanacho dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia B-17 bersama dengan Nigeria. Prestasi yang membawanya ke Man City – yang tertarik dengan kecemerlangannya.

Setiap kali dia menjaringkan gol, Iheanacho akan mendedikasikannya kepada mendiang ibunya dengan menunjukkan tangannya ke langit. Pemain tersebut hampir menangis ketika dia menjaringkan hatrik pertamanya pada Ahad lalu.

Kerana ibunya sekadar ‘menyaksikannya dari syurga’ dan tidak ada di rumah untuk meraikannya bersama beliau.

“Sebab saya menunjukkan jari saya ke syurga kerana saya percaya adanya Tuhan dan adanya syurha untuk ibu saya. Saya yakin dia sentiasa melihat saya ketika menjaringkan gol.”

“Jadi saya nak menunjukkan rasa syukur saya kepada Tuhan dan kepada mendiang ibu.”

“Ianya hari yang indah buat saya dan keluarga serta rakan sepasukan. Saya gembira sekali. Saya bersyukur kerana adanya rakan sepasukan dan pengurus yang membantu saya mencapai tahap ini, dan kepada Jamie Vardy, dia telah banyak membantu saya.”

“Saya sudah lama menunggu detik ini tiba, ianya hatrik pertama saya di Liga Perdana Inggeris, dan saya sangat gembira. Harapan saya agar lebih banyak lagi di masa akan datang.”

Iheanacho memberikan penghargaan khas kepada Vardy kerana pemain itu mencipta kesemua golnya.

“Itu yang terjadi apabila 3 penyerang bermain permainan yang sama. Ianya berlaku untuk kami hari ini.”

“Ianya tidak begitu menjadi pada separuh masa pertama. Kami ada beberapa peluang dan kami mendapat gol. Namun pada separuh masa kedua, permainan terbuka untuk kami dan kami mendominasi mereka. Kami menekan mereka, kami memenangi bola dan menjaringkan gol. Ianya Ahad yang indah buat kami.

Iheanacho dan Ndidi kemudian membuat temuramah khas dengan gaya slang bahasa Inggeris-Nigeria.

Iheanacho memang seorang pemain yang baik di luar padang. Dia seorang yang bercakap lembut setiap masa dan menghormati semua orang di sekelilingnya.

Baca yang lain