Video Ucapan Perpisahan Salah Untuk Lovren: “Saya Akan Sangat Merindui Kamu, Saya Sayangkan Kamu”

Bos Liverpool, Jurgen Klopp telah berjenaka ketika ditanya pandangan beliau tentang pemergian Lovren ke Zenit St. Petersburg.

Klopp berkata:”Siapa kawan Mo Salah sekarang?”

Hari ini Liverpool mengumumkan bahawa Lovren telah melabuhkan tirai karier Anfield untuk menuju ke Rusia.

Lovren membantu Liverpool memenangi UCL, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan EPL dalam masa 14 bulan terakhir.

Beliau adalah pemain yang Klopp anggap penting untuk squad depth. Lovren hampir meninggalkan Liverpool pada awal musim 2019/20.

Namun Klopp meminta pemain itu untuk kekal semusim lagi kerana Liverpool tidak berbelanja mendapatkan bek tengah baharu.

Lovren menampung squad depth selepas Matip dan Joe Gomez yang berdepan kecederaan.

Dan, ketika memberi penghormatan kepada Lovren, Klopp telah melabel Lovren sebagai legenda kelab:

“Seorang lagi legenda Liverpool kerana beliau jelas merupakan bahagian yang sangat penting dalam pasukan ini sejak hari pertama sejak saya masuk di sini,” kata Klopp kepada laman web rasmi Liverpool.

“Saya masih ingat ketika dengan [Borussia] Dortmund, kami menentang Liverpool pada perlawanan pra-musim dan Dejan menjaringkan gol dengan tandukan, dengan kekuatan yang luar biasa. ”

“Itulah gambaran yang ada dalam fikiran saya ketika saya datang ke sini dan memikirkan pertahanan yang kami miliki pada masa itu.”

“Dia bermain permainan super, menjaringkan salah satu gol terpenting dalam sejarah kami dalam kemenangan 4-3 menentang Borussia Dortmund.”

“Momen yang sangat indah untuk dikongsi. Begitu banyak aksi permainan yang bagus.”

“Ketika dia cergas, dia sangat, sangat kerap berada dalam pasukan dan pemain yang hebat, serta orang yang hebat. Dia juga boleh bercakap lima bahasa.”

“Kemarin kami berkata: ‘Siapa sekarang kawan baik Mo?’ Kerana jelas sekali mereka adalah besties, kami semua akan merindui Lovren.”

“Dia model untuk seorang atlet. Dia mempunyai semua yang anda perlukan. Dan sekarang dia pergi ke Rusia dan ingin mencari kehidupannya yang lebih jauh di sana tetapi dia boleh je datang ke sini selalu dan dia akan selalu dialu alukan, kerana dia lelaki yang sangat baik.”

Lovren mengikuti jejak langkah Adam Lallana meninggalkan Liverpool setelah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dan Klopp mengatakan bahawa dia sangat penting untuk kejayaan mereka.

“Saya tidak tahu berapa jumlah semua perlawanan [dia bermain] dan kami tidak mengubah [pasukan] terlalu kerap dan pada bahagian pertama musim [dia berada dalam pasukan] sehingga dia cedera, saya cukup yakin,” Klopp berkata.

“Dia pemain yang bagus, pantas dan sangat bagus di udara, seorang mesin dan saya suka bekerjasama dengannya.”

“Akan menarik untuk mengikuti perkembangan dia sekarang dengan Zenit St. Petersburg. Oleh itu, kami mendoakan yang terbaik untuknya.”

Mohamed Salah kemudian telah merakamkan ucapan perpisahan khas kepada Dejan Lovren sebagai rakan karibnya di Liverpool.

Pasangan ini menjalin persahabatan yang berkekalan sejak Salah menandatangani kontrak dengan The Reds pada musim panas 2017 dan mereka menjadi rakan sepasukan di Anfield.

Lovren telah membantu Mohamed Salah menyesuaikan diri dengan pasukan dengan cepat serta menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan baharu di Liverpool.

Lovren boleh dikatakan telah membantu menjaga Mohamed Salah di Liverpool.

Dan Salah memberi penghormatan kepada bek tengah itu.

“Saya tidak tahu bagaimana, sahabatku. Kamu tidak tahu perasaan saya sekarang.”

“Kami akan sangat merindui kamu, terutama sekali aku,” kata Salah.

“Kamu pemain yang luar biasa dan rakan baik saya. Kami akan sangat merindui kamu. Saya sangat merindui kamu, saya sangat sayangkan kamu.”

“Kamu insan hebat di dalam dan di luar padang.”

“Jadi, terima kasih atas semua yang kamu lakukan untuk kelab, terima kasih atas semua yang kamu telah lakukan untuk saya.”

“Saya doakan yang terbaik untuk kamu di masa hadapan dan saya juga berharap kamu akan berjaya dan menikmati karier yang hebat, menikmati suasana di kelab baru bersama keluarga.”

“Terima kasih banyak dan jumpa lagi.”