[VIDEO] UEFA Bakal Hukum Declan Rice Yang Tuduh Pengadil Rasuah Dan Teruk Sangat

Perjalanan kempen Eropah yang indah West Ham musim ini akhirnya terhenti di Jerman malam tadi apabila Eintracht Frankfurt menyingkirkan mereka dari Liga Europa dengan kemenangan 1-0.

Setelah tampil dengan pendahuluan agregat pada perlawanan pertama di London, pasukan Jerman itu menjadi pilihan utama dalam perlawanan itu tetapi West Ham yakin untuk mengubah kedudukan.

Malangnya, ia gagal dilaksanakan oleh The Hammers kerana gol Rafael Santos Morre Mauray serta kad merah Aaron Cresswell terbukti terlalu sukar untuk West Ham hadapi.

Perlawanan itu bukan tanpa kontroversi serta David Moyes diberi arahan meninggalkan tempat duduk teknikal selepas insiden yang menyaksikan dia menendang bola ke arah budak milo di tepi padang.

Moyes agak tidak menyesal dalam temu bual selepas perlawanan. Namun itu bukan satu satunya kontroversi yang berlaku selepas tamat perlawanan.

Ini kerana rakaman kamera terowong kini telah muncul mengenai pemain tengah bintang mereka, Declan Rice telah pergi ke pengadil pada malam itu untuk mempersoalkan beberapa keputusannya.

Rice tidak melakukan sebarang kontak ketika dia mengecam pegawai itu dengan bercakap denganm nyaring dan kuat sekali. Rice ternyata tidak dapat mengawal emosinya yang sangat kecewa dengan kekalahan semalam. Dia turut menyalahkan pengadil sebagai punca kegagalan mereka.

Rice menunggu pengadil di terowong berkata:

“Ref, ref – ia [pengadilan] sangat teruk! Sepanjang malam, ia sangat teruk!

“Macam mana awak boleh jadi seteruk itu? Sejujurnya… Kamu telah dibayar ke apa… rasuah ni rasuah.”

Saksikan video itu di sini:

Kelakuan Rice itu dianggap terlalu emosi. Kerana tuduhan dia ke atas pengadil makan suap boleh dianggap tuduhan yang sangat serius.

Ini ditambah dengan rakaman video yang jelas menunjukkan kelakuannya itu. UEFA pasti akan menyiasat dan mebgambil tindakan ke atas Rice.

Impian West Ham untuk ke UCL sudah pun hancur lebur. Satu satunya harapan mereka adalah menerusi slot khas sebagai juara UEL. Namun kekalahan mereka di separuh akhir membuatkan West Ham kini harus fokus untuk mengejar slot ke UEL sekali lagi.

Eintracht Frankfurt meraikan kejayaan mereka mara ke final Eropah pertama kalinya selepas 42 tahun.

Mereka akan bertemu dengan juara Scotland iaitu Rangers dalam aksi final selepas pasukan itu menewaskan RB Leipzig dalam satu lagi perlawanan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.