Aksi kelayakan Piala Dunia antara Argentina dengan Uruguay berlangsung dengan panas sekali.
Di mana juara dunia Argentina terkulai di tangan Uruguay dengan jaringan 2-0 di tempat sendiri.
Gol separuh masa pertama Ronald Araujo dan gol lewat separuh masa kedua oleh Darwin Nunez memberikan kemenangan berharga buat Uruguay yang memanggil semula Luis Suarez ke dalam skuad walaupun dia tidak diturunkan langsung.
Dalam satu insiden yang panas antara kedua dua pasukan, pemain yang sedang meningkat naik, Ugarte terlibat dalam pertikaman lidah dengan Rodrigo De Paul.
Ketika mereka berbalah, Ugarte telah melabel De Paul sebagai penghisap kemaluan Messi. Membuatkan pemain itu benar benar bengang.
Ugarte called De Paul “Messi’s c**k sucker” LMAOpic.twitter.com/YBle24dLi5
— Dr Yash (@YashRMFC) November 17, 2023
Ramai yang mengecam Ugarte sebagai kebudak budakan memberikan isyarat tidak sepatutnya seperti itu di atas padang. Ketika bola sepak turut disaksikan peminat peminat dari kalangan budak sekolah.
@tudn_usa La seña de Ugarte a Rodrigo de Paul 😳
De Paul dikenali sebagai pemain yang paling di hadapan mempertahankan Lionel Messi di atas padang. Membuatkan dia diusik dengan gelaran sebagai bodyguard Messi.
Messi dan De Paul memang rapat dalam skuad kebangsaan Argentina. Dan kedua duanya menjadi nadi penting Argentina dalam kejuaraan Copa America dan Piala Dunia yang lalu.
Keputusan di La Bambonera ini menandakan kekalahan pertama Argentina dalam kempen kelayakan. Argentina kekal di tangga teratas dengan 12 mata. Namun Uruguay mengekori rapat mereka di tangga kedua dengan 10 mata selepas 5 perlawanan.