[VIDEO] Ultras Atalanta Campur Tangan Mengamuk Bersama Penyokong Frankfurt Di Jalanan Naples

Peminat tegar Eintracht Frankfurt yang mengembara ke Itali telah menimbulkan kekacauan di pusat bandar Naples, sebelum sepak mula aksi antara kelab mereka menentang Napoli.

Ini apabila mereka bertempur dengan polis tempatan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah second leg untuk pusingan 16 akhir.

Pelbagai kenderaan, termasuk sebuah kereta polis, dibakar ketika peminat menyerang polis antirusuhan dengan suar dan kerusi dari kafe tempatan sebelum dihantar semula dengan bas ke hotel mereka, menurut The Associated Press.

Beratus-ratus peminat Frankfurt turun ke Naples mengamuk sebagai protes terhadap pengurusan kelab Napoli yang melarang penyokong Frankfurt dari Jerman, daripada membeli tiket pusingan 16 akhir untuk aksi kedua. Napoli memenangi perlawanan pertama, 2–0, bulan lalu di Frankfurt, di mana beberapa tangkapan dibuat selepas penyokong bertelagah.

Napoli sebelum ini menganggap penyokong Frankfurt sebagai ganas dan tidak bertamadun dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menyediakan tiket untuk penyokong away.

Itu yang membuatkan penyokong Eintracht Frankfurt bengang dan melepaskan kemarahan mereka.

Walaupun dengan kehadiran kira-kira 800 pegawai polis di Naples, huru-hara meletus di jalanan. Bagaimana jumlah penyokong Eintracht Frankfurt ini dilihat terlalu besar di jalanan?

Sebenarnya terdapat campur tangan daripada ultras Atalanta yang merupakan seteru lama ultras Napoli. Dan mereka menyertai penyokong Frankfurt. Walaubagaimanapun, peminat Napoli kebanyakannya berjaya dilindungi dan dijauhkan daripada tempat kejadian oleh polis.

Ultras Atalanta memang merancang mahu memberikan sokongan kepada Frankfurt dalam perlawanan ini. Dan mereka turut tidak dibenarkan untuk masuk ke stadium.

Ini selepas mereka mendengar penyokong Frankfurt dari Jerman disekat daripada masuk ke dalam stadium. Lalu mereka membentuk kumpulan penyokong yang berasal dari Itali yang menyokong Frankfurt dengan bercampur dengan penyokong dari Jerman untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Saya memantau apa yang berlaku di jalanan kami,” kata Datuk Bandar Naples Gaetano Manfredi dalam tweet.

“Iklim p e r a n g gerila yang tidak boleh diterima. Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan penguatkuasa, polis perbandaran dan ANM [perkhidmatan pengangkutan awam tempatan] yang telah bergerak pantas untuk menjamin keselamatan rakyat. Rayuan saya kepada Neapolitan: Bertanggungjawablah.”

Ramai peminat mengecam tindakan tersebut. Walau apa sahaja alasannya, keganasan yang melampau seperti itu tetap tidak boleh diterima.

Ramai meminta UEFA mengambil serius insiden ini dan mengenakan hukuman kepada mereka yang bertanggungjawab.

Di atas padang, pendahulu Serie A, Napoli meneruskan rentak cemerlang mereka. Napoli menewaskan Frankfurt 3-0 untuk menjadikan agregat 5-0.

Napoli mara ke suku akhir UCL musim ini.

Baca yang lain