Video: Ultras Selangor Lepas Geram Dengan Chant: โ€˜4 Tahun Main Macam Setan!โ€™

Ultras Selangor ternyata tidak berpuas hati dengan prestasi skuad Gergasi Merah Kuning di atas padang. Terbaru, Red Giants dikalahkan Melaka di Stadium Hang Jebat.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ketiga Selangor selepas 9 perlawanan. Menyaksikan mereka sudah 17 kali bolos. Mereka sebenarnya ada rekod gol yang bagus iaitu 21 gol daripada 9 perlawanan, not bad la kata orang putih.

Misi untuk ke Asia semakin sukar di mana mereka terus tersekat di pertengahan carta liga pada ketika ini. Dibezakan 11 mata daripada pendahulu liga, JDT.

Dalam pertemuan menentang Melaka United, bekas pemain kesayangan penyokong Selangor, Ifedayo Olesegun menjadi pemusnah Gergasi Merah.

Selepas tamat perlawanan, para pemain cuba memberikan penghargaan kepada para peminat seperti biasa. Namun kali ini mereka disajikan dengan sorakan ironi menyindir prestasi pasukan Gergasi Merah.

Ultras kelihatan sudah sangat kecewa dengan prestasi para pemain di atas padang dan juga barisan kejurulatihan mereka.

Ultras Selangor bersorak: โ€œOh Selangor, apa sudah kau buat, 4 tahun main macam setan, itu pun kau tak perasan.โ€

Detik itu sempat dirakam dan dimuat naik ke dalam media sosial.

Peminat pastinya berharap Selangor akan segera bangkit daripada prestasi tidak menentu. Di mana setiap musim mereka sentiasa rancak dengan persediaan pra musim, namun pada musim bola sepak sebenar, masih tidak menepati ekspektasi semua.

Baca yang lain