Rakaman video menggemparkan peminat telah muncul menunjukkan respons kejam Unai Emery terhadap permintaan peminat selepas perlawanan persahabatan Villarreal menentang Southampton pada hari Sabtu.
Bekas pengurus Arsenal itu kembali ke England ketika dia membawa pasukannya ke stadium St Mary untuk menentang Saints pimpinan Ralph Hasenhuttl.
Hasil jaringan Yeremy Pino dan Gerard Moreno, pasukan La Liga itu menang 2-1. Pemain baru Southampton dibeli dari Rangers, Joe Aribo adalah penjaring untuk tuan rumah.
Selepas perlawanan, Emery dilihat melayan peminat dengan bergambar dan menandatangani autograf untuk peminat yang menunggu di luar stadium. Tetapi kemudian keadaan menjadi agak panas.
Ini gara gara seorang peminat meminta Emery untuk mengatakan ‘Good ebening’, yang merujuk kepada sebutan Good Evening yang selalu dia ucapkan semasa beliau mengendalikan Arsenal.
Semasa menjadi sebagai bos Gunners, Emery sering memulakan setiap temu bual atau sidang akhbar dengan ungkapan ‘good evening’, tetapi disebabkan loghatnya ia kedengaran sambil berkata ‘good ebening’.
Akibatnya, dia sering mendapati dirinya menjadi subjek trolling di media sosial. Bagaimanapun, walaupun memenangi perlawanan itu, Emery tidak berminat untuk melayan permintaan individu ini.
Dalam video itu, peminat kedengaran bertanya: “Bolehkah kamu mengatakan ‘Good ebening?” Sementara yang lain berkata: “Saya rasa kamu telah melakukan yang terbaik di Arsenal [dengan nada mengajuk Unai Emery]…”
Someone who mocked his English by saying "good ebening" and then added "I fink you done very good at Arsenal".
— Arsenal Concept (@ConceptArsenal) July 31, 2022
Emery yang agak koyak dengan troll itu bertindak kejam dengan menunjukkan jari tengahnya ke arah kamera sambil menggoyangkannya. Walaupun lelaki lelaki itu menyambutnya dengan riang gembira. Namun Unai Emery jelas sekali serius.
Those people are disrespectful clowns
— 🔴⚪ (@OberynAtreides) July 31, 2022
Sejak rakaman itu menjadi viral, ramai peminat menyebelahi Emery. Seorang peminat berkata: “Baiklah dia. Dia bukan monyet kamu untuk kamu mintak dia melakukan trik. Tak hormat langsung. Saya tidak dapat bayangkan berbuat demikian kepada seseorang yang sebaya dengan saya apatah lagi seseorang yang berumur 20 tahun lebih tua daripada saya.”
Seorang lagi tweet: “Nah, saya sudah lama tidak melihat jari tengah yang seperti itu, padan muka.”
Yang ketiga menambah: “Dia maksudkan itu dari segenap hatinya. Dia seorang yang baik hati, namun ada batasannya apabila orang mengejeknya dan tidak menghormatinya selama ini.”
Seorang lagi peminat menyatakan bahawa, dia kesal dengan generasi hari ini yang tidak tahu menghormati orang seperti Unai Emery. Dia bukan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya. Namun di Arsenal dia berusaha untuk bercakap agar mesej dia sampai.
Ada juga yang berkata, orang Inggeris memang suka memperlekehkan orang yang bercakap bahasa mereka dalam slanga. Mereka juga menasihati agar troll seperti itu dibuat di media sosial sudahlah, jangan dibawa sampai ke depan orang setaraf Unai Emery yang sebaya dengan ayah mereka.
Ketika pengurus berusia 50 tahun itu di Arsenal, dia dianggap gagal. Tetapi dia telah membina semula reputasinya di negara asalnya, Sepanyol.
Dia membawa Villarreal menjuarai Liga Europa pada 2021 selepas menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti.
Musim lalu, pasukannya menghantar gelombang kejutan ke seluruh dunia bola sepak apabila mereka menyingkirkan gergasi bola sepak Eropah, Bayern Munich dan Juventus dalam perjalanan ke separuh akhir Liga Juara-Juara, mereka akhirnya tewas kepada Liverpool.
Emery akan mengharapkan lebih banyak kejayaan pada musim baharu, pasukannya akan memulakan kempen liga menentang Valladolid pada 13 Ogos.