[VIDEO] Unstoppable! Lingard Rembat Voli Dan Tap In Gol Separuh Masa Pertama vs Leicester

Jesse Lingard terus menjadi jadi bersama West Ham United. Dalam aksi berdepan Leicester, beliau menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama untuk memastikan pasukan ‘angkatnya’ masuk ke bilik persalinan dengan skor 2-0.

Gol pertama adalah menerusi satu voli cantik. Di mana Lingard menggunakan komposisi badannya untuk mengawal accuracy rembatannya.

Gol kedua adalah lebih mudah di mana Lingard melakukan tap in ke gawang terbuka hasil umpanan Jarrod Bowen. Gol yang dibina dari bawah dan terus menewaskan garisan pertahanan Leicester yang tinggi.

Lingard kini dalam form yang luar biasa. Maka tak hairanlah West Ham beriya iya mahukan beliau secara tetap. Namun Man United meminta Declan Rice sebagai swap deal tambah duit dibayar United.

Ada peminat United menyatakan dengan form semasa Lingard maka, West Ham yang patut membayar duit tambah Declan Rice.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang