[VIDEO] VAR Dikecam Sebab Menganggap Kesalahan Pijak Lengan Dan Kepala Ini Bukan Kad Merah

Pengurus Spurs, Ryan Mason sangat bengang dan tak faham dengan keputusan untuk tidak membuang John Fleck kerana pertembungan dengan Giovani Lo Celso.

Di mana pemain itu telah memijak lengan dan kepala Lo Celso dalam aksi kemenangan Tottenham 4-0 ke atas Sheffield United pada hari Ahad.

Gareth Bale meledak hatrik yang memukau dengan Heung-min Son menambah satu lagi gol ketika Spurs menang dengan selesa untuk mengekalkan harapan samar-samar mereka di kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Mason gembira dengan persembahan Spurs, namun tidak untuk insiden pada awal babak kedua yang menyaksikan Lo Celso merasai impak di kepalanya kerana dipijak.

Lo Celso berada dalam keadaan kesakitan dan memerlukan rawatan daripada pakar fisio Spurs. Pengadil mungkin tak jelas dengan insiden itu ketika perlawanan. Tetapi apa pula alasan VAR selepas meninjau semula kejadian tersebut kerana kemungkinan berlaku kesalahan kad merah –  setelah ditinjau, pengadil Andre Marriner tidak disarankan untuk ke monitor bagi melihat semula insiden tersebut.

Pegawai VAR meminta Mariner meneruskan aksi tanpa ada kad merah kepada Fleck.

Ada yang menuduh tindakan Fleck sebagai tindakan seorang pengecut.

Lo Celso dirawat dan kepalanya berbalut:

Ditanya mengenai kejadian tersebut oleh Sky Sports, Mason menjawab dengan tegas: “Kad merah. Kad merah yang mutlak. Saya tidak percaya ia tidak dilayangkan kad merah.”

“Saya tidak percaya pengadil tidak diberitahu untuk melihat-lihat. Saya terkejut – terutamanya apabila anda memikirkan beberapa kad merah untuk mengatasi baru-baru ini.

“Itu adalah tindakan yang dapat dielakkan. Keselamatan pemain telah berada dalam bahaya. Saya terkejut dan kecewa. ”

Insiden melibatkan tengkorak kepala memang sangat bahaya.  Ryan Mason antara pemain yang bersara kerana keretakan pada tempurung kepalanya satu ketika dahulu. Namun insiden Ryan Mason adalah daripada situasi tidak sengaja dan 50-50.

Petr Cech seorang lagi mangsa keretakan di bahagian tengkorak dan hampir melupakan bola sepak lebih awal. Cech kemudian memakan pelindung kepala sehingga dia bersara.

 

Baca yang lain