VAR sekali lagi menjadi subjek kecaman netizen. Ini selepas memberikan kad merah paling epik kepelikannya.
Pemain West Ham United, Tomas Soucek dilayangkan kad merah kerana cuba menukar kedudukan badannya dengan mengangkat tangannya.
Keputusan pengadil Mike Dean untuk menyingkirkan Tomas Soucek West Ham lewat perlawanan yang berakhir seri 0-0 di antara West Ham dengan Fulham telah menimbulkan persoalan.
Bukan sahaja netizen yang bengang tetapi pundit juga.
Jamie Redknapp menjelaskan beliau tak pasti apa yang telah dilakukan pengadil, sedangkan pengadil berada betul betul di hadapan insiden itu.
🗣"The fact Mike Dean went over there and still thinks it's a red card is a genuine worry to me"
Jamie Redknapp is not happy with Tomas Soucek's late red card in the West Ham V Fulham game pic.twitter.com/5Ms9mYqglq
— Football Daily (@footballdaily) February 6, 2021
Pemain tengah dari Republik Czech, Soucek secara tak sengaja sikunya terkena Aleksandar Mitrovic. Dengan adanya VAR insiden seperti itu pastinya dijangka akan dinilai dengan lebih baik.
Soucek langsung tak berniat dan tidak ada menunjukkan sebarang usaha untuk mengasari lawannya. Dia cuma membetulkan kedudukan badannya.
Namun Mitrovic dengan dramatik terjatuh ke tanah dengan memegang wajahnya dan Lee Mason – yang bertugas VAR – memberitahu Dean untuk melihat kejadian itu.
Dean melihat monitor selama hampir dua minit sebelum kembali ke padang dan melayangkan kad merah kepada Soucek, yang memprotes bahawa dia tidak bersalah.
Soucek dan Mark Noble sama-sama berusaha meyakinkan Dean bahawa ini hanyalah insiden tak sengaja dan sangat soft. Sementara bos Hammers, David Moyes kelihatan sangat terkejut di garisan tepi padang.
“Saya berasa malu kepada siapa pun yang bertugas di VAR malam ini,” kata Moyes kepada BBC Sport sebaik tamat perlawanan.
“Sudah jelas bagi semua orang bahawa itu tidak sengaja. Saya benar-benar malu mereka memilih untuk menyingkirkannya dari padang. Kami mahu mereka mengambil keputusan dengan betul. Ini adalah keputusan yang teruk dan kami tidak dapat berbuat banyak.
“Tidak adil bagi budak tu. Saya yakin mereka akan mendapat alasan yang cukup untuk membenarkan alasan untuk membuang padang pemain kami.”
Lihat sendiri insiden itu di sini:
Soucek got a red for this 😭 pic.twitter.com/qZBJfknPnf
— We will beat Cancer (@KTcancer21) February 6, 2021
Soucek dituduh melakukan perbuatan ganas ke atas lawannya.
Deliberate intention to hurt the opponent. What’s the issue showing red card? #soucek #mikedean pic.twitter.com/0kSeFW3Ow2
— Mr. Bose 👹🔴⚽️ (@DieforUTD) February 6, 2021
Mujur insiden itu berlaku pada lewat masa kecederaan. Dan ianya tidak memberikan impak besar kepada West Ham dalam aksi ini.
Sudah pastinya West Ham akan merayu keputusan tersebut. Sama seperti yang dilakukan Southampton ke atas insiden Bednarek.