[VIDEO] Vidal Menyesal Menerima Kad Merah Selepas Buat Tackle Bodoh Ini

Harapan Chile untuk layak ke Piala Dunia 2022 kini tergantung. Ini selepas mereka mengalami kekalahan 2-0 di tempat sendiri kepada Ecuador.

Negara yang dianggap dark horse dari Amerika Selatan itu gagal mara ke kejohanan edisi 2018 dan kini menduduki tempat keenam dalam kumpulan CONMEBOL.

Hanya lima pasukan teratas dalam kumpulan mara ke peringkat seterusnya, dengan Brazil dan Argentina sudah mengesahkan 2 tempat milik mereka.

Chile – yang memenangi Copa America pada 2015 dan 2016 – perlu memperbaiki permainan mereka secara total dalam empat perlawanan terakhir mereka jika mereka mahu mara ke Piala Dunia dengan slot automatik.

Perlawanan menentang Ecuador bermula dengan permulaan yang paling buruk untuk mereka apabila Pervis Estupinan memberikan pendahuluan kepada pelawat selepas hanya sembilan minit.

Kemudian, 4 minit daripada jaringan tersebut, Arturo Vidal dilayangkan kad merah terus oleh pengadil. Ini selepas pemain itu melakukan salah satu kekasaran paling teruk ke atas Felix Torres Caicedo.

Bekas pemain Barcelona itu kelihatan benar-benar menyesal selepas melakukan kekasaran itu, tetapi pengadil tiada pilihan lain selain daripada memberikan kad merah.

Kekurangan seorang pemain membolehkan Ecuador mengimbangi lawan mereka yang secara asasnya lebih baik dari segi kualiti individu jika bermain 11 v 11.

Saksikan kekasaran yang membuatkan Vidal sangat kesal itu di sini:

 

Pada masa kecederaan Moises Caicedo memastikan tiga mata untuk pasukan pelawat dengan jaringan pada minit ke-90+3.

Ecuador kini berada di tanggan ketiga dengan enam mata di atas Colombia. Dan kelihatan seperti sudah pasti untuk mara ke Piala Dunia 2022.

Baki empat perlawanan kelayakan Chile menyaksikan mereka menentang Brazil, Argentina, Uruguay dan Bolivia, yang pastinya satu kempen yang sukar.

Impian Vidal dan Alexis Sanchez untuk ‘Tarian Terakhir’ di Qatar mungkin tidak menjadi kenyataan jika mereka gagal untuk melepasi cabaran sukar itu. Berharap skuad seperti Brazil dan Argentina menurunkan pemain pemain muda untuk audition.