[VIDEO] Vidic Dedahkan Kena Sound Dengan Giggs Selepas 3 Hari Latihan Di Man United

Sebelum Ferguson menandatangani Vidic dengan harga £7 juta pada Januari 2006, bintang Serbia itu menyangka dia hampir menyertai saingan sengit United, Liverpool – tetapi Rafa Benitez tidak menghubunginya semula selepas mengadakan perbincangan mengenai perpindahan ke Anfield.

Sebaliknya, Ferguson menyerbu dan membawanya ke Old Trafford, di mana dia membentuk gandingan ikonik dengan Rio Ferdinand – yang menjemputnya dalam sesi bual bicara YouTube Vibe with Five.

“Saat pertama saya berhubung dengan kelab (United) ialah Disember 2005,” kata Vidic.

‘Tetapi pada masa itu Liverpool juga terlibat. Saya bercakap dengan Rafa Benitez dan dia adalah orang yang pertama kali berhubung dengan saya ketika saya di Spartak Moscow. Bahasa Inggeris saya tidak bagus, isteri saya Ana sebenarnya bercakap dengannya kerana bahasa Inggeris saya tidak bagus.”

‘Dia bertanya kepada saya sama ada saya mahu datang ke England dan perkara-perkara tertentu, semuanya hebat. Dan kemudian dia tidak menghubungi saya semula selama dua atau tiga minggu. Fergie kemudian datang berhubung.”

“Dia menelefon dan berkata ‘Saya telah memantau kamu selama enam bulan hingga setahun yang lalu, saya suka cara kamu bermain. Saya fikir kamu akan menjadi pemain yang bagus untuk kelab ini. Adakah kamu mahu menyertai kami?’.”

“Saya berkata sudah tentu, dia berkata ‘semuanya akan diselesaikan’ dan kemudian dalam satu minggu macam tu, saya berada di Manchester.”

Ia adalah permulaan lapan tahun sarat trofi di United untuk Vidic. Dia menjulang Liga Perdana Inggeris sebanya lima kali dan Liga Juara-Juara Eropah pada 2008, serta tiga Piala Liga dan Piala Dunia Kelab.

Tetapi apabila dia menyertai Carrington pada Januari 2006, Vidic mengalami kesukaran ketika baru mengikuti latihan bersama legenda United seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes.

“Saya datang dari Rusia dan pada bulan Disember, kamu mempunyai cuti sebulan, tiada latihan, terlalu sejuk.”

“Saya berkata kepada pengurus dan Carlos Quieroz bahawa saya memerlukan pra-musim, saya tidak cergas dan saya tidak boleh bermain,” jelas Vidic.

“Saya masih ingat sesi latihan pertama menentang Giggsy, Cristiano Ronaldo, Saha, Rooney… wow, seriuslah… Itu adalah mimpi ngeri. Saya menendang mereka semua di sesei latihan bukan kerana saya mahu [mengasari mereka],tetapi kerana saya tidak dapat mengejar mereka. Mereka terlalu pantas.”

“Saya kemudian kena sound dengan Giggsy selepas tiga hari latihan – dia dah mula bengang masa tu.  [Giggs berkata] ‘Hantar bola, kamu perlu bermain lebih cepat!’.”

“Saya seperti (sambil ketawa), kawan, agak agaklah bang! Kaki saya tidak boleh bergerak kot!’.”

“Saya menyertai Patrice (Evra). Enam bulan pertama benar-benar sukar. Saya bermain untuk pasukan simpanan, Rene Muelensteen adalah jurulatih masa tu dan dia mengeluarkan kami pada separuh masa!”

“Tetapi Patrice pernah bermain untuk Monaco dan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Saya pula datang dari Spartak Moscow dan tiada siapa yang mengenali siapa saya.”

Ferdinand kemudian mendedahkan sebenarnya mereka sudah melihat bahawa Patrice Evra dan Vidic sedang bergelut pada masa itu.

Dan sebenarnya perkara itu Vidic tak pernah tahu selama ini, tentang pandangan pemain seperti Rooney ketika pertama kali melihat mereka berdua.

Ferdinand berkata: “Saya masih ingat saya dan Wazza [Rooney] bercakap tentang kamu dan Patrice dan kami fikir ‘wow, mereka ini masih jauh lagi ni [untuk mendapatkan apa yang diperlukan], kata Ferdinand. ‘Mereka sedang bergelut, mereka terkeluar dari landasan.”

‘Tetapi apa yang saya tidak ambil berat sangat apa yang dia katakan. ”

“Kamu berdia tiada pramusim walaupun sekali, dam kemudian dia terus bermain menentang Louis Saha, mungkin pemain paling sukar dalam latihan, kemudian, lawan Ronaldo, Rooney, Giggsy yang pada masa itu sedang terbang [kemuncak prestasi].’

“Mereka [Vidic dan Evra] sedang bergelut [di latihan] dan anda boleh agak dah. Anda fikir mereka [Vidic dan Evra] harus lebih baik pantas.”

Vidic menggunakan sesi latihan tersebut sebagai wake up call. Dia cuba merenung dirinya dan akhirnya menyedari, dia perlu melakukan latihan tambahan seperti mana pemain lain.

“Anda tahu bagaimana untuk bermain bola sepak, ia berkaitan intensiti. Anda hanya perlu melakukannya dengan lebih cepat,” kata Vidic lagi.”Intensiti di Man United terlalu keras, pemain terlalu pantas. Mereka ini bersaing di tahap tertinggi setiap [sesi] latihan kerana tiada siapa yang boleh menjamin musim depan kamu akan berada di sana.”

“Pengurus melaksanakannya dari hari pertama – berlatih seperti hari terakhir dalam hidup kamu dan apabila kamu bermain menentang pemain itu ia adalah sukar. Saya masih ingat Scholesy, setiap hari dia akan menjadi yang terakhir di padang latihan tetapi setiap hari, ia adalah tahap yang berbeza.”

“Dalam dua minggu pertama saya cuba memahami apa yang orang lain lakukan. Latihan selesai dan Giggy melakukan yoga, Rio berada di gim, Cristiano Ronaldo melakukan latihan dengan basikal, Rooney melakukan latihan penyudah. Saya melihat diri saya, saya melihat badan saya … kaki saya kuat, tetapi saya ada bantal kat sini [tunjuk kat pinggang dia],” kata Vidic merujuk kepada fizikalnya masa tu masih ‘berat’

Baca yang lain