Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan dalam aksi pembukaan Uefa Nations League melibatkan Portugal dan Croatia. Ini kerana kakinya ada jangkitan selepas terkena sengatan.
Pengurus Portugal Fernando Santo enggan mengambil risiko untuk menurunkan Ronaldo dalam perlawanan ini, meskipun Portugal turun selaku juara bertahan menentang pasukan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia.
Croatia lemau
Anak anak buah Zlatko Dalic ternyata tidak menunjukkan aksi yang bagus. Mereka malah dibelasah Portugal dalam aksi di mana skuad Portugal turun tanpa bintang utama mereka Cristiano Ronaldo.
Ronaldo disisihkan selepas mengalami jangkitan di bahagian kakinya. Kapitan Portugal itu tetap berada di dalam stadium memberikan sokongan kepada rakan rakannya.
Cristiano Ronaldo in the stands supporting Portugal. 🇵🇹 pic.twitter.com/vmlU8t7UaB
— Cristiano Ronaldo (@c_ronaldo7egend) September 5, 2020
Ketiadaan Ronaldo menyaksikan bintang United, Bruno Fernandes menjadi watak penting. Pemain muda mereka Joao Felix turut menunjukkan kualitinya.
Bruno Fernandes' game by numbers vs. Croatia:
82 touches
6 chances created
4 shots attempted
4 tackles won
3 take-ons completed
2 shots on target
1 assistAnother dazzling display. 🇵🇹 pic.twitter.com/iYVlvvcwpu
— Squawka Football (@Squawka) September 5, 2020
Pada separuh masa pertama hanya 1 gol terhasil. Dalam satu pertarungan yang sengit di antara kedua dua pasukan.
Pemain pertahanan Man City, Joao Cancelo menjaringkan gol pembukaan lewat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Croatia bocor 3 kali. Ianya benar benar mengejutkan. Mereka tidak dapat menunjukkan prestasi yang sesuai dengan nama mereka selaku naib juara dunia.
Diogo Jota menjaringkan gol kedua Portugal pada minit ke-58. Seterusnya Giliran Joao Felix menambah satu lagi gol pada minit ke-70.
Croatia mendapat gol saguhati masa kecederaan minit ke-90+1. Namun Andre Silva memastikan jurang 3 gol diwujudkan sekali lagi.
Silva menjaringkan gol pada masa kecederaan minit ke-90+5=4, sebelum wisel penamat dibunyikan.
Ronaldo diarah pakai pelitup muka
Satu babak yang mencuri perhatian ketika perlawanan tengah berlangsung. Dan ianya ternyata mencuit hati peminat bola sepak adalah tindakan seorang petugas stadium yang pergi ke arah Ronaldo untuk mengingatkan pemain itu agar memakai pelitup muka.
Netizen mengusik petugas itu dengan membayangkan dia berkata: “Walaupun nama kamu Cristiano Ronaldo, namun kamu tetap tidak lebih besar daripada undang undang di Portugal.”
Even if your name is Cristiano Ronaldo, they don’t mess around in Portugal 😂😂 #WearYourMask pic.twitter.com/ngNMGLrqHC
— Sergio & Associates™ 🔴⚪️ (@Sergio_R81) September 5, 2020
Ronaldo kemudian mencari pelitup mukanya dan memakainya, sesuai dengan SOP yang ditetapkan oleh UEFA pada ketika ini.
Cristiano was asked to wear a mask in the stands as he wasn't wearing one.
— Cristiano Ronaldo (@c_ronaldo7egend) September 5, 2020
Ternyata Ronaldo benar benar terlupa memakai pelitup mukanya kerana terlalu ralit menyaksikan aksi bola sepak di hadapannya.
Even if your name is Cristiano Ronaldo, you are not above the mask law in Portugal 😂 pic.twitter.com/jIQzHN29Ox
— Footy Humour (@FootyHumour) September 5, 2020
Ramai yang memuji tindakan petugas stadium tersebut dan Ronaldo pada masa yang sama. Menurut mereka Ronaldo menghormati petugas tersebut yang hanya menjalankan tugasnya.
Ada juga yang menyatakan bahawa, kerajaan Portugal akan buat apa sahaja untuk melindungi seorang yang bernama Cristiano Ronaldo.
Ronaldo boleh sahaja duduk di hotel namun memilih untuk berada di stand. Beliau tahu, kehadirannya akan memberikan sedikit motivasi kepada rakan rakannya yang lain di atas padang.
Jelas terpancar di wajahnya, gatal je kaki dia nak main tu.