Conor McGregor mengalami keretakan di buku lalinya ketika dia kalah sekali lagi di tangan Dustin Poirier di UFC 264.
[AMARAN: Ada video dan grafik yang tidak menyenangkan untuk dilihat dan ditonton]
McGregor mencari pembalasan menentang Poirier, setelah tewas kepada saingannya itu dalam pertarungan kedua mereka pada awal tahun ini dalam pusingan kedua TKO.
Kedua dua petarung saling kutuk bertikam lidah sebelum pertarungan. Poirier sebelum ini mendakwa McGregor Scammer duit sumbangan. Kerana petarung itu belum memasukkan wang sumbangan ke Yayasan kebajikannya seperti dijanjikan.
Dikutip dari Bloodyelbow, Poirier beberapa kali bertanya mengenai dana amal sebanyak $500,000 yang dijanjikan, tetapi pihak McGregor dikatakan telah berhenti memberikan respons.
Menjelang trilogi keduanya di UFC 264, Poirier tiba tiba menghebahkan masalah ini kepada umum melalui tweet di media sosial Twitter.
“Itu ramalan yang seronok Conor McGregor. Anda juga pernah meramalkan sumbangan untuk yayasan saya, dan anda dan pasukan anda berhenti memberikan respon setelah pertarungan pada Januari. Sampai jumpa lagi, 10 Julai [mesti] dibayar sepenuhnya,” kata Poirier.
That's a fun prediction! @TheNotoriousMMA you also predicted a donation to my foundation and you and your team stopped responding after the fight in January.
See you soon.
July 10th Paid In Full!— The Diamond (@DustinPoirier) April 11, 2021
Pada kesempatan itu, The Diamond juga bertindak balas terhadap tweet netizen yang menyebut keluhan mereka mengenai ‘hutang’ McGregor sebagai acara promosi untuk trilogi terhadap The Notorious.
Namun, perkara itu dibantah oleh Poirier, dengan mengatakan bahawa pihaknya sudah mula tertanya tanya, selepas 2 bulan pertarungan itu kerana McGregor tidak menghantar sumbangan.
Selepas berdiam diri, McGregor akhirnya membalas tuduhan Poirier. Petarung Ireland mengatakan bahawa yayasan Poirier tidak memberikan pencerahan yang jelas mengenai tujuan dana sumbangan McGregor.
McGregor yang panas menyatakan: “Sumbangan, bukan hutang. Kami sedang menunggu rancangan [pembahagian] wang [sumbangan itu dari pihak Poirier] yang masih belum diterima. Saya melakukan proses sama untuk semua wang sumbangan saya. Tahu ke mana ia pergi, titik demi titik. Jika tidak, wang itu tak akan keluar sama sekali,” kata McGregor.
Dustin pula menegaskan ianya agak pelik, kerana beliau memang cuba menjelaskan kepada pihak McGregor namun mereka tidak memberikan respon.
Poirier membalas: “100% bukan hutang langsung. Kamu yang tawarkan, kami terima, dan macam saya cakap, pasukan kamu tak pernah memberikan respon kepada email kami berkenaan dengan proses – di mana dana itu akan digunakan! 10 Julai ni, siap kau rasai kekalahan lagi.”
100% never a debt. You offered, we accepted, and like I said your Team never responded to our emails regarding the process of where funds would be put to work! July 10th you will taste defeat yet Again https://t.co/k3Cu9DG1Me
— The Diamond (@DustinPoirier) April 12, 2021
Seterusnya ejen kepada McGregor kemudian membidas tindakan Poirier sebagai teruk lalu mengungkit.
Audie Attar dari Paradigm Sports Management berkata: “”Dustin! Kenapa dengan kau ni?”
“Adakah kau sudah lupa pertemuan dengan kami secara bersemuka yang baru baru ini di Utah dengan keluarga kami? Di mana kami sentiasa berdiri di belakang kamu dan cuba mendapatkan lebih banyak wang dari UFC?”
“Conor seorang yang sangat pemurah. Jangan nak rosakkan perniagaannya. Dia selalu akan melangsaikan segala hutangnya [kalau ada]. Ini adalah tindakan teruk dari seorang lelaki.”
Pertarungan trilogi ini hampir dibatalkan selepas McGregor menyatakan dia tak mahu bertarung dan biarkan Poirier terlepas satu lagi pertarungan dengan pulangan lumayan.
McGregor gagal balas dendam
Malangnya kontrak pertarungan sudah ditandatanangi. Lalu McGregor mahu membalas dendam. Pada sesi face off, McGregor mahu menyepak Poirier.
Dalam pertarungan sebenar, petarung Ireland itu bermula dengan baik pada awal pusingan pertama tetapi, Poirier kemudian berada dalam prestasi terbaik.
McGregor kemudian cuba melancarkan pukulan tetapi kakinya mendarat dengan tak sempurna lalu terbengkok.
Pada bulan April, pada kad UFC 261, yang menyaksikan Kamaru Usman menewaskan Jorge Masvidal untuk kali kedua, Chris Weidman mengalami kecederaan yang sama mengejutkan.
Hanya beberapa saat dalam pertarungannya dengan Uriah Hall, Weidman melakukan sepakan kaki dan patah kakinya akibat lenturan terlampau seperti itu.
Walaupun kalah dan terduduk kesakitan, McGregor tetap mencarut dan memaki hamun lawannya.
Conor berkata: “I… ni… be….lum…. ber…akhirrrrr!!! Kalau perlu aku bawak hal ni ke luar, aku akan lakukannya. Aku tak peduli lahanat.”
Seterusnya McGregor menunjukkan reaksi muka kentalnya selepas tewas.