[VIDEO] Wanita Ini Salahkan Lelaki Pemilik Lamborghini Langgar Keretanya, Namun Sebaliknya Berlaku

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan bahawa seorang wanita mengamuk dan menyerang pemandu Lamborghini bernilai $500,000.

Wanita itu mengetuk cermin kereta dan terus memaki pemandu tersebut. Klip video itu membuatkan ramai rasa kelakar dan pada masa yang sama kagum dengan ketenangan pemilik Lamborghini itu.

Di mana dia baru sahaja dirempuh dari belakang dan kos kerosakan pastinya mahal. Biasanya orang orang kaya ni cepat je naik angin kereta mahal mereka kena sondol.

Pada awalnya ramai tidak pasti sama ada pemilik Lamborghini itu benar-benar bersalah dan cubaa menutup kesalahannya dengan belagak tenang dan mesra.

Pemilik Lamborghini Aventador itu hanya tersenyum dan berkata dia akan menyelesaikan perkara itu dengan polis, mengikut prosedur insurans kereta yang biasa.

Malangnya perempuan itu terus memekik dan memaki hamun dia. Menyatakan bahawa pemilik Lamborghini Aventador itu yang melanggar depan keretanya.

Perempuan itu berkata: “Kamu melanggar kereta saya. Kamu langgar bahagian depan kereta saya.”

Melihat pemilik Lamborghini Aventador itu tergelak kecil dan senyum, wanita itu terus meroyan:

“Apa yang kelakar hanat? Itu kereta baru aku kau tau. Kau baru je langgar kereta baru aku.”

Sebenarnya video menunjukkan bahawa perempuan itu yang merempuh kereta Lamborghini itu dari belakang dan bukannya seperti yang didakwanya.

Terus juga remuk kereta brader tu kena. Tapi tu lah. Di mata wanita itu, yang salah adalah lelaki tu juga kan.

Korang lihat video di pautan ini. Klik pada tweet itu.