Seorang wartawan wanita dari Sweden dilaporkan telah diharamkan serta merta daripada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dengan sengaja merempuh bintang Pingpong China Wang Chuqin pada temasya tersebut.
Dia perlu meninggalkan perkampungan olimpik serta merta dan dilarang sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti di Sukan Olimpik. Dia tidak boleh berada di perkarangan olimpik lagi selepas apa yang dia lakukan.
Wartawan tersebut malah berdepan dengan hukuman lebih berat termasuk penggantungan lebih panjang daripada acara sukan profesional terutama sekali Sukan Olimpik.
Hal ini kerana dia telah menyerang atlet secara sengaja. Paling mengejutkan adalah, dia melakukannya di tempat terbuka ketika semua mata memandang ke arah Wang Chuqin yang merupakan pemain nombor 1 dunia.
Wartawan itu dilihat dengan sengaja pergi ke arah Wang Chuqin sebelum merempuh atlet dari Republik China itu dengan bahunya. Pemain China itu terkedu dan tidak dapat berkata apa apa. Dia kehairanan dengan tindakan wartawan wanita itu yang sangat biadap.
Video kejadian itu telah dirakam dan dikongsi secara meluas di media sosial yang menunjukkan seorang petugas media wanita berjalan terus ke Chuqin, yang baru sahaja habis memberikan sedikit kata kata dalam temu bual kepada wartawan lain pada masa itu.
The SWEDISH journalist who rammed into Wang Chuqin has been BANNED from the Paris Olympics by the organizing committee. Deserved! pic.twitter.com/TjLfRlNLC9
— Orikron 🇵🇹 (@orikron) August 6, 2024
Wartawan tersebut kelihatan melepaskan rasa tak puas hatinya kepada Chuqin. Kerana pemain pingpong itu berdepan dengan pemain dari Sweden dalam aksi final.
Tetapi apa yang jelas Wang Chuqin sempat memuji lawannya dari Sweden itu dan juga telah menerima kekalahannya dengan terbuka.
Entah kenapa wartawan tersebut tiba tiba melepaskan kemarahan ke atasnya? Wang Chuqin benar-benar terkejut selepas perlanggaran itu. Yang ketara, Chuqin tersingkir daripada perseorangan lelaki di tangan Truls Moregard dari Sweden dalam Pusingan 32.
Ini adalah kontroversi kedua membabitkan Chuqin yang bat pingpongnya dipecahkan oleh wartawan selepas kemenangannya dalam pusingan pertama perseorangan lelaki.
Chinese table tennis player Wang Chuqin's paddle was deliberately damaged by a reporter.#Paris2024Olympic #WangChuqin #PingPong #OlympicGames pic.twitter.com/cwS8PPNWFf
— Mia (@VIIN71964) July 31, 2024
Pemain No. 1 dunia itu benar benar terganggu fokusnya, setelah kehilangan bat kegemarannya. Kemudian dia disingkirkan secara mengejut daripada acara perseorangan pada pusingan seterusnya oleh Moregard, yang hanya mencatatkan kemenangan kedua ke atas bintang China itu dalam pertandingan antarabangsa.
Kekalahan Wang Chuqin itu memberikan tamparan hebat kepada kem pingpong China yang sebelum ini sangat dominan dalam acara tersebut.
Kempen kontroversi Wang Chuqin
Beberapa hari kebelakangan ini merupakan perjalanan roller coaster untuk Wang Chuqin yang berusia 24 tahun. Dia menikmati hari yang baik ketika bergandingan dengan Sun Yingsha untuk menewaskan Korea Utara dalam perlawanan akhir beregu campuran dan memenangi emas.
Tetapi kemudian Wang Chuqin kehilangan sentuhan emasnya dalam acara individu. Di mana dia terpaksa pulang awal daripada pusingan 32. Peminat pingpong China benar benar kecewa dengan kekalahan tersebut.
Kerana mereka meletakkan harapan sangat tinggi kepada Wang Chuqin dalam acara perseorang lelaki.
Wang, bagaimanapun, mengakui dia “hilang sedikit kawalan emosi saya” selepas pemukul / bat pingpong kegemarannya patah tetapi enggan menyalahkan sesiapa yang menjadi punca perkara itu. Atau menjadikan ia alasan kepada kekalahannya.
“Saya agak sedikit emosi dan gagal mengawal diri di atas apa yang berlaku, Namu akhirnya, ia sebenarnya tidak mempunyai pengaruh pada perlawanan itu. Sebab lawan saya bermain dengan sangat baik dan itulah sebabnya saya kalah hari ini,” kata Wang Chuqin kepada wartawan setelah dia disingkirkan awal.
Bagaimanapun, Wang Chuqin enggan mengulas tentang insiden melibatkan wartawan wanita dari Sweden yang merempuhnya dengan keras dan dengan biadap sekali.