[VIDEO] Wasit Kunci Leher Petarung MMA Yang Degil Tak Terima Kekalahan

Berlalu satu insiden pelik dalam sukan MMA di mana pengadil ataupun wasit telah mengunci leher petarung MMA sehingga dia hampir tak sedarkan diri ataupun pitam.

Ianya berlaku di Rusia pada minggu lalu. Dalam video yang dikongsi, tidak dinyatakan pula nama petarung tersebut.

Pengadil telah memberikan kemenangan kepada seorang petarung lagi dengan TKO. Namun petarung yang kalah itu meronta ronta mahu meneruskan pertarungan.

Dia tidak berpuas hati dan melawan cakap pengadil. Pengadil terus cuba menghalangnya, namun petarung itu terus agresif. Lalu pengadil itu mengunci lehernya dengan kuat sehingga dia menjadi separa sedar dan hampir tak sedarkan diri.

Wasit itu ternyata mempertahankan dirinya daripada sikap agresif pertarung tersebut yang tidak mahu menerima kekalahannya dan terjerit jerit mahu bertumbuk lagi. Mana taknya, baru bermula terus kena KO.

Korang saksikan di sini:

Ini bukanlah insiden pertama seumpamanya. Tahun lalu dalam pertarungan di antara Ahmad Al Darmaki dan Bogdan Kirilenko dalam acara UFC light heavyweight.

Pengadil Marc Goddard mengarahkan petarung dari UAE yang tidak mahu melepaskan lawannya yang sudah dikira KO.

Goaddard telah cuba mencekik leher Darmaki yang membuatkan petarung itu marah. Darmaki cuba berkonfrontasi dengan Goddard, namun dia tak berganjak dan sedia untuk bertumbuk dengan petarung itu jika perlu.

Pengulas menyatakan ianya tindakan tidak bijak daripada Darmaki yang boleh membunuh kariernya dalam UFC jika menyerang pengadil.

Darmaki akhirnya meraikan kemenangannya.

BACA JUGA

4 orang mamat YouTuber telah memutuskan untuk menguji skil rookie mereka berhadapan dengan bekas bintang UFC Miesha Tate di Octagon.

Mereka mahu mencabar bekas juara UFC kategori bantamweight iaitu Miesha Tate.

Miesha Tate merupakan salah seorang petarung UFC wanita yang berbakat dan antara yang terbaik di dalam eranya.

Malah kini beliau menjadi jurulatih kepada banyak bintang UFC yang baharu. Kekuatan utama Miesha Tate adalah grappling  dan grounding dia memang padu.

YouTuber – Janoskians – memuat naik aksi mereka pada 2015. Untuk melihat mampukah Miesha Tate membuatkan 4 mereka tap out.

Miesha vs 4 rookie

Bekas juara bantamweight itu dengan mudah menewaskan keempat empat jantan tersebut.

Mulanya mereka melakukan warming up dengan penuh keyakinan. Ada juga yang mencabar, Conor McGregor sebagai lawan mereka seterusnya.

Peraturan dia adalah, Miesha Tate perlu membuatkan mereka tap out dalam masa 2 minit.

Miesha Tate melakukan beberapa submission termasuk standing chokehold yang membuatkan salah seorang YouTuber itu terapung dan tergantung lalu melakukan tap out.

Salah seorang YouTuber pula merintih nasibnya: “Mampus aku ni,” ketika aksi dua minit berhadapan dengan Miesha Tate.

Salah seorang lagi YouTuber cuba  meniru aksi Floyd Mayweather di mana dia cuba melarikan diri daripada Miesha Tate di sekitar octagon. Dengan harapan dia akan dapat bertahan selama dua minit.

Namun tetap berjaya ditangkap dan dikunci oleh Miesha Tate.

Ramai yang memuji Miesha Tate yang dikatakan memang memiliki teknik hebat. Beliau langsung tak kelihatan letih berhadapan dengan 4 orang petarung rookie itu.

Salah seorang daripada mereka menyebut: “Dia [Miesha Tate] sangat kuat.”

Sedangkan 4 orang rookie tersebut yang seperti putus nafas tercungap-cungap dikerjakan Miesha Tate.

Korang boleh saksikan di sini aksi bebudak ni:

Dalam kariernya, Miesha Tate pernah berhadapan dnegan prim Ronda Rousey, Holly Holm dan  Amanda Nunes.

Pertarungan terakhir beliau adalah berhadapan dengan  against Raquel Pennington pada 2015 dalam UFC 205. Dan beliau tewas secara kiraan.

Bos UFC, Dana White pernah menyatakan UFC terhutang budi kepada atlet seperti Miesha Tate yang membantu menaikkan nama UFC

Miesha Tate kini memfokuskan kepada kariernya sebagai jurulatih Mixed Martial Arts / MMA sejak beliau bersara.

Ketika pertarungan terakhirnya berhadapan dengan Pennington, Miesha Tate diberikan standing ovation selepas beliau mengumumkan itu adalah aksi terakhirnya di octagon.

Ramai pemerhati sukan UFC menganggap Miesha Tate telah meninggalkan legasi yang sangat kuat di lapangan UFC. Beliau menjadi sebahagian penting dalam sejarah UFC untuk wanita.

Miesa Tate akan selamanya dikenang sebagai salah seorang petarung UFC wanita terbaik dan juga paling kompetitif. Cuma pada era beliau terlalu ramai yang berada pada peak terbaik termasuk Ronda Rousey.

Baca yang lain